View: 1402|Reply: 3
|
"Siapa Kata Saya Tunggu Lamaran Teman Lelaki?"-Kilafairy
[Copy link]
|
|
Kilafairy menegaskan tidak pernah menyatakan sedang menunggu lamaran kekasih hati, Sa’aid Umar Aiman seperti didakwa sesetengah pihak.
Katanya, soal untuk menuju ke fasa perkahwinan belum pernah didedahkan kepada umum, namun hubungan antara mereka masih berjalan seperti sedia kala.
Foto: IG
“Saya tak pernah cakap sedang tunggu lamaran teman lelaki. Tapi apa yang boleh saya maklumkan, kami masih pasangan kekasih,” katanya ketika sesi sidang media virtual drama bersiri Tumpang Lalu Bang, hari ini.
Pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir, 29, itu berkata demikian mengulas gosip mengenai lamaran susulan paparan di sebuah program hiburan yang bertanyakan cincin di jari manisnya, baru-baru ini.
Terdahulu, percintaan bintang filem Karak itu yang mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu bukan lagi rahsia.
Namun Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu lebih selesa menyimpan kemas kisah peribadi terutama membabitkan soal jodoh. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Bio betul 29. Cam lama betol dia dlm industri. Kalau ko takmo berjodohan dgn bf ko tu, aku doakan dia jodoh aku giteww |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la ckp dia ..bende bende jodoh ni elok elok la x di hebah klu x jadi apa lagi
Dia takut tak jadi kot ...
Elok la dah nikah baru heboh2 ...
Ni laki aku konjgn caras !!!
Agitchewww ; |
|
|
|
|
|
|
| |
|