CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 6

Sanggup Palsukan Sijil, Cakap Isteri Dah Mati Sebab Nak Kahwin Lain

[Copy link]
Post time 28-1-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta – Seorang lelaki di Bali, Indonesia tergamak memalsukan surat kematian isterinya semata-mata kerana dia mahu berpoligami, lapor portal berita Suara.com.


Lelaki bernama Suraji, 56, itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar, manakala rakan subahanyat, Abdul Munir pula dikenakan penjara enam bulan.


Isteri Suraji, Diah Suartini memberitahu,  dia hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan perkahwinannya bersama suaminya selepas lelaki itu mengaku berkahwin lain dengan wanita bernama Hernanik.


Suraji (kiri) dana Abdul Munir (kanan) ketika prosiding mahkamah yang dilakukan secara online. Kredit Foto: Suaradewata




“Saya pergi ke pejabat agama kerana saya hairan bagaimana suami boleh berkahwin lain sedangkan saya tidak memberi izin.


“Apabila diperiksa, rupanya nama saya telah ditulis sebagai meninggal dunia,” kata Diah.


Tambah Diah, sejak Suraji berkahwin baharu, kebajikan dia dan anak-anak sering terabai.


“Saya sakit hati. Dia menipu mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baharu.


“Kami sudah bersama selama 33 tahun selepas berkahwin pada 1 Ogos 1989,” ujarnya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la kecicakan....muka so-so je pun nafsu tinggi melangit
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Bali suami nak poligami kena. Dapat persetujuan isteri.. pi luar negara tu..wanita dari negara sana  pun boleh berpoligami.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang kata Ndogneshia Islam ikut sukati mak pak meka ja bebas kawin campur ngesek bebas tak ikut ajaran Islam bebetul - tengok la ini burita. Sama je Muslim sana cam Mesia ko ni. Nak poligami kena minta idzin dulu. Bab nipu sebab nak poligami pun sama juga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 12:53 PM | Show all posts
Kerja sia2 dan sia2 kena masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 01:46 PM | Show all posts
kalo kek mesia, bukan some states tak perlu kebenaran 1st wife?

sgor, perak ktam rasanya

ntah,,, pocit meols tawen 2nd wife pun senyap2, siap beranak pinak mocit kena tipu idop2

last2 umo 2nd wife pendek, jadik arwah, baru la terhegeh2 nak suh 1st wife sama anak2  1st wife accept. sbb budak tu sebatang kara jeee.. mcm gampenggggg

time joli mendonia holiday sana sini tinggal 1st wife dgn anak2 takde pulak rentua tu pikir.. yihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat malaysia, tak perlu pun izin dr isteri pertama..tp dengan syarat harus minta izin dgn mahkamah. Dr mahkamah akan panggil isteri pertama utk pengesahan, cek ini itu sama ada cukup.ke tak selama hidup dgn suami tak guna tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.109752 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list