CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 3

[Tempatan] Meroyan la dak dak GANJA - Polis Selangor rampas 52kg ganja

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Polis Selangor rampas 52kg ganja


Polis Selangor merampas 51 ketulan mampat dipercayai ganja yang dianggarkan seberat 52.02 kilogram menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Kuala Langat pada 22 Januari lalu. - Foto hiasan

SHAH ALAM: Polis Selangor merampas 51 ketulan mampat dipercayai ganja yang dianggarkan seberat 52.02 kilogram menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Kuala Langat pada 22 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, berkata turut ditahan menerusi serbuan itu adalah empat lelaki warga tempatan termasuk seorang juruteknik kilang berusia dalam lingkungan 23 hingga 43 tahun.

Serbuan pertama dilakukan terhadap sebuah rumah teres setingkat di Shah Alam pada jam 6 petang yang mana tiga lelaki tempatan ditahan dan lima ketulan mampat dipercayai ganja seberat 5.1kg dirampas.

"Serbuan kedua dilakukan terhadap seorang lelaki di kawasan parkir sebuah pasar raya di Banting, Kuala Langat yang mana polis menemui lima ketulan mampat dedaun kering dipercayai ganja seberat 5.1kg dalam sebuah kereta.

"Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah setingkat di kawasan Telok Panglima Garang, Banting dan sebanyak 41 ketulan mampat ganja seberat 41.82kg ditemui di dalam rumah terbabit.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam kes ini berjumlah RM130,050 dan ia dipercayai untuk pasaran sekitar negeri Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati seorang daripada empat suspek berkenaan mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis THC.

Polis turut menyita beberapa aset seperti sebuah rumah teres, wang tunai, dua buah kereta, dua buah motosikal yang mana keseluruhan sitaan bernilai RM854,000.

"Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... r-rampas-52kg-ganja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu kan ubat untuk taman rekreasi, apa salahnya, boleh sembuhkan kanser apa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat lalok ni nnt share fakta pasal perubatan la apa lancut lah..tp dorg sendiri guna untuk buat sedap..perubatan pale hatok dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh, camtu ke rupa ganja yg siap packed? Ni kot aku jumpa igt sampah terus masuk tong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056078 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list