CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 2

[Sarawak] Bekalan telur ayam di Kuching cukup

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan barangan keperluan khasnya telur ayam di pasaran di sini mencukupi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Stanley Tan berkata berdasarkan maklum balas daripada pengguna, bekalan telur ayam di sini mencukupi meskipun terdapat peningkatan permintaan ekoran sambutan Tahun Baharu Cina.

"KPDNHEP memberi jaminan tidak ada isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran di sini (Kuching) meskipun terdapat permintaan yang tinggi disebabkan sambutan Tahun Baharu Cina.

"Berdasarkan maklum balas daripada pemborong dan peniaga, bekalan telur khasnya di Kuching mencukupi malah isu kekurangan bekalan telur ayam yang dihadapi di Miri beberapa hari lalu telah selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.


Pembantu Kedai Runcit GMart PJ, Sharifah Asya Al Qadry mengemas rak jualan tempat meletakkan telur ayam yang hanya tinggal beberapa papan sahaja.

KPDNHEP katanya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak ada peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan.

Beliau memberitahu pegawai-pegawai penguatkuasaan KPDNHEP Kuching telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan di Medan Niaga Satok dan tidak ada peniaga di situ mengadu mengenai kekurangan bekalan telur ayam serta barang keperluan lain.

"KPDNHEP Sarawak menerusi pegawai-pegawai penguatkuasa sentiasa turun padang memastikan bekalan telur ayam dan barang keperluan lain mencukupi. Oleh itu pengguna tidak perlulah melakukan pembelian panik " ujarnya.

Tan turut mengingatkan peniaga agar tidak menjual telur ayam melebihi harga siling yang ditetapkan.

Beliau menegaskan peniaga yang cuba mendapatkan keuntungan berlebihan dengan menjual harga telur ayam melebihi harga siling boleh dikompaun RM300 serta merta.

Menurutnya di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 (SHMTBC 2022) berkuatkuasa 29 Januari ini hingga 4 Februari depan harga siling runcit untuk telur Gred A ialah 45 sen, manakala Gred B, 43 sen dan Gred C, 41 sen.

"Peniaga yang menjual telur pada harga tinggi melebihi harga siling jika didapati bersalah boleh dikenakan kompaun RM300 serta merta.

"Oleh itu kita meminta orang ramai tampil membuat aduan jika ada salah laku berkaitan kepenggunaan kepada KPDNHEP dengan menerusi e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi 082-466052 (bilik operasi KPDNHEP) atau melalui WhatsAPP ke 019-2794137 (aduan pengguna)," tambahnya.

Sementara tinjauan Utusan Borneo di sini mendapati rata-rata peniaga kedai runcit memaklumkan bekalan telur ayam ketika ini terhad kemungkinan dipercayai permintaan tinggi ekoran sambutan Tahun Baharu Cina.

Seorang pengusaha kedai runcit  GMart PJ Radzi Bujang ketika ditemui memaklumkan walaupun bekalan terhad, telur ayam tetap dijual mengikut harga ditetapkan.

Menurutnya beliau menjual telur ayam Gred A harga 13.50 sepapan (30 biji) berbanding hanya RM 12.90 pada minggu pertama bulan Januari.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2022 09:14 PM | Show all posts


Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Mukah ketika mengadakan pemeriksaan di sekitar Pekan Daro.

Bekalan telur ayam di Daro dijamin mencukupiMUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah menjamin bekalan telur ayam mencukupi untuk kawasan Daro sempena Tahun Baharu Cina (TBC) ini.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Salihin Den,  stok semasa barangan keperluan itu ketika ini adalah sekitar 400 set (tray).

"Stok baharu akan sampai pada esok (Jumaat) dan Isnin berjumlah 1,300 set (tray)," katanya kepada Utusan Borneo selepas menjalankan pemeriksaan dan pemantauan barang keperluan asas di sekitar Pekan Daro hari ini.

Justeru, tegasnya, jumlah stok telur adalah mencukupi untuk menampung semua keperluan penduduk di kawasan itu.

Malah, jelas Salihin semua premis utama turut memaklumkan tiada insiden terputus bekalan stok telur berlaku daripada pembekal utama.

Baru-baru ini, terdapat isu kekurangan bekalan stok telur ayam melanda di pekan tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu telah dapat diatasi dengan cepat serta sebaik mungkin.

Antaranya, melalui pemantauan dan pemeriksaan kerap yang dijalankan oleh KPDNHEP melalui Pegawai Pemantau Harga.

TBC akan disambut masyarakat Cina pada 1 Februari ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/27

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 09:16 PM | Show all posts


dpt ni kat whatsapp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050119 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list