CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Kelantan] Habitat asal diceroboh punca harimau masuk kampung

[Copy link]
Post time 27-1-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar yang menunjukkan kawasan hutan yang telah diteroka dari udara di Gua Musang.

GUA MUSANG - Masyarakat orang asli di sini mendedahkan harimau belang yang berkeliaran dan masuk ke kawasan kediaman penduduk berlaku selepas habitat semula jadi diceroboh.

Perkara itu didedahkan oleh seorang penduduk dari Kampung Tendrik, Pos Bihai, di sini, Osman Perik semasa ditemubual oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa).

"Aktiviti pembalakan telah memusnahkan tempat tinggal harimau dan di kawasan tersebut ada satu gua yang sangat besar.

"Banyak harimau tinggal di situ. Namun sejak diceroboh, harimau telah bertindak keluar dari kawasan tersebut. Siapa tak marah kalau tempat mereka diganggu. Begitu juga dengan harimau," katanya menerusi temubual yang dilakukan oleh Kuasa melalui satu video yang dikongsi di laman sosial.

Menurutnya, disebabkan situasi itu haiwan berkenaan marah lalu masuk ke kawasan kediaman penduduk.

Katanya, pandangan itu hasil 'kajian' yang dibuat oleh penduduk orang asli di kawasan berkenaan.

Anak mangsa korban harimau, Jeneli Anek berkata, semua kawasan hutan di hulu Kelantan khususnya Gua Musang telah diteroka.

Dia berkata, jika sebelum ini kawasan tersebut dipenuhi dengan hutan namun ia sudah berubah ketika ini.



Masyarakat orang asli di sini mendedahkan harimau belang yang berkeliaran dan masuk ke kawasan kediaman penduduk berlaku selepas habitat semulajadi diceroboh.

"Dulu hutan masih ada, mana-mana tempat masih wujud khususnya di hulu Gua Musang. Tetapi sekarang bermula dari luar hinggalah ke dalam telah diteroka termasuklah kawasan berhampiran kampung orang asli," katanya.

Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Pos Bihai, Adik Alang berkata, pencerobohan itu turut menyebabkan harimau hilang punca makanan sekaligus mendorong haiwan berkenaan keluar dari kawasan hutan.

"Bila sumber makanan seperti kijang, kancil, babi hutan dan lain-lain tiada susah untuk pak belang meneruskan kehidupan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Mustafa Along berkata, hasil pemantauan yang dilakukan menerusi dron pihaknya mendapati terdapat satu kawasan pembalak telah dibuka.

Katanya, lokasi pembalakan itu hanya terletak satu kilometer dari tempat tinggal penduduk di Kampung Tendrik.

Sinar Harian pada 7 Januari lalu melaporkan, seorang lelaki orang asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai di sini.

Susulan ancaman itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar seramai 29 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor untuk membantu mengawal kawasan Pos Bihai.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan telah turun padang menjalankan pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai berikutan terdapat tiga ekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak 10 Disember lalu.

Perhilitan Kelantan telah bertindak memasang tiga buah Perangkap Wahab iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rimau-masuk-kampung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.697328 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list