View: 679|Reply: 7
|
[Dunia]
Bisa Dicontohi - Ikut Negara Maju Indonesia Bakal Tukar No. Plat Ke Warna Putih Dilengkapi Cip RFID Tiada Lagi Plat Fancy, Percuma Pula
[Copy link]
|
|
Ikut Negara Maju Indonesia Bakal Tukar No. Plat Ke Warna Putih Dilengkapi Cip RFID Tiada Lagi Plat Fancy, Percuma Pula
January 26, 2022
Ingin mencontohi negara maju, Polis Trafik Indonesia mengambil inisiatif melancarkan pertukaran plat kenderaan daripada warna hitam kepada warna putih berdasarkan penggunaan cip dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID), lapor Gowapos.
Menurut Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan Kor Trafik Indonesia, Brigedier Jeneral Yusri Yunus, penggunaan RFID pada nombor plat kenderaan di beberapa negara maju bukanlah perkara baharu.
RFID memberikan manfaat kepada rakyat terutama mengelakkan trafik di plaza tol menjadi sesak.
“Memang cip itu akan wujud, apatah lagi sekarang ini revolusi 4.0 telah berlaku, cip ini mempunyai banyak kegunaan.
“Sistem ini difikirkan sesuai kerana ia boleh diintegrasikan dengan sistem lain termasuk pembayaran tempat letak kereta, bayaran tol dan memantau pelanggaran pemandu,” katanya.
Cip RFID tersebut dikatakan mempunyai data kenderaan peribadi dan bukti kesalahan yang dilakukan di jalan raya yang boleh digunakan untuk jalan tol elektronik dan tempat letak kereta elektronik.
Penggunaan plat berwarna putih itu dikatakan boleh memudahkan kamera Electronic Traffic Law Enforcement (e-TLE) mengesan nombor plat dengan lebih jelas.
Dalam perkembangan lain, rakyat negara itu juga akan mendapat tawaran pemasangan RFID dan penukaran plat kenderaan secara percuma. Ia adalah sebagai langkah untuk meringankan beban mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.. sekeliling semua pakai plet standard. Sini je tak reti nak enforce |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah untuk kemajuan. Berharap Indonesia akan terus maju dan perangi rasuah.
Jangan jadi seperti Malaysia bangga dengan tangan yang menghancurkan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak negara lain di dunia yg pakai plat plastik macam Malaysia selain Singapore mohon share. |
|
|
|
|
|
|
|
sini xleh nak kena jaga kepentingan tokey2.
tokey kedai aksesori,tokey tng,tokey kedai sticker rfid |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dah lama buat macam tu, ini pung pang pung pang masaalah macam tu juga |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 04:03 PM
Jubo, tahi:
Yg JU80 dan TAH 1 tu kedua2nya myvi |
|
|
|
|
|
|
| |
|