CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sabah] DBKK tutup sementara empat jalan bermula 29 Januari

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:03 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan jalan sementara bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina 2022.

Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip (gambar) berkata, acara berkenaan membabitkan kawasan Foh Sang, Kepayan (Yu Sang), Damai, dan Manggatal di sini.

Katanya, penutupan jalan itu bermula 29 sehingga 30 Januari 2022, manakala kawasan Segama dan Lido pada 30 Januari sahaja.

Menurutnya, sepanjang tempoh penganjuran pasar malam berkenaan, beberapa kawasan sekitar Jalan Segama dan Foh Sang akan ditutup sementara untuk kelancaran laluan trafik.

"Jalan masuk ke kedai Foh Sang (hadapan Jalan Rumah Kedai Golden City dan Bulatan KFC menuju simpang masuk Foh Sang) akan ditutup bermula jam 12 tengah hari pada Sabtu sehingga jam 12 tengah malam 30 Januari.

"Penutupan disambung pada jam 12 tengah hari pada Ahad hingga jam 12 tengah malam pada 31 Januari 2022.

"Bagi kawasan Jalan Segama, ia melibatkan jalan masuk ke kawasan kedai Segama dan sekitarnya yang akan ditutup bermula jam 10 pagi pada Ahad sehingga jam 12 tengah malam 31 Januari 2022," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, DBKK turut mengundang orang awam yang berminat untuk menjalankan perniagaan semasa pasar malam di Kedai Kepayan (Yu Sang), parkir Dewan Serbaguna Damai, Tapak Tamu Pekan Manggatal dan Jalan Segama.

Menurutnya, tawaran menjaja adalah berdasarkan 'first come first serve basis', manakala lokasi gerai yang dibuka di Foh Sang dan Lido adalah untuk penjaja sedia ada sahaja.

Noorliza berkata, kerjasama orang awam khususnya pengusaha kedai kawasan pasar malam yang terlibat dimohon untuk mengosongkan kawasan parkir di Jalan Segama dan Foh Sang mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.

Katanya, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas.

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan jalan alternatif serta tempat letak kereta awam yang berhampiran sepanjang tempoh penutupan sementara jalan berkenaan.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048755 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list