CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas 1,000 liter minyak petrol cuba diseludup keluar

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 01:53 PM



RAMPAS: Semua minyak petrol yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sebanyak 1,000 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran di kawasan pinggir bakau, Kampung Kuala Bibang, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata rampasan itu dilakukan kira-kira jam 11 malam.

Katanya, anggota PPM yang menjalankan pemantauan di perairan Semporna menemukan sebanyak 40 jerikin yang mengandungi minyak petrol cuba disembunyikan di kawasan bakau.

“Bagaimanapun, setelah intipan dilakukan, tiada individu yang datang atau mengaku pemilik barang kawalan tersebut.

“Semua minyak petrol berkenaan dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, nilai rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM2,350 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohamad berkata komuniti maritim diminta untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka.

“Maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.787858 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list