CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Sarawak] Pesawah terjejas, banjir musnahkan tanaman padi sekelip mata

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode
BA' KELALAN: Golongan petani dan pesawah di Buduk Nur, tanah tinggi  Ba Kelalan dekat sini buntu selepas tanaman mereka musnah dalam bencana banjir baru-baru ini

Selain menanggung kerugian, mereka juga kehilangan sumber pendapatan.
Dianggarkan beberapa petani dan pesawah kehilangan mata pencarian selepas tanaman yang diusahakan rosak teruk.



Seorang pesawah Don Jourdan (gambar kecil, kiri), 31, menyifatkan banjir yang memusnahkan tanaman padi mereka umpama ‘mimpi ngeri’ buat petani seperti mereka.
Jelasnya hujan lebat yang berterusan pada petang Isnin lepas menyebabkan air dari sungai berhampiran melimpah ke sawahnya pada malam Isnin.

"Ia adalah mimpi ngeri setiap petani apabila kawasan padi mereka ditenggelami air kerana semua kerja keras mereka tidak membuahkan hasil yang baik," katanya kepada media hari ini.

Menurut Don lagi, ketika banjir kilat berlaku para petani di Buduk Nur, Ba' Kelalan sedang menuai padi.

Keadaan itu menyebabkan tanaman padi yang sudah matang telah musnah termasuk padi yang dituainya termasuk berdepan jumlah kerugian yang harus ditanggung.

Mengulas lanjut, beliau tidak menyangka hujan lebat itu akan menyebabkan air naik begitu cepat di kawasan tanaman padinya.

“Saya sangka hujan akan berhenti tetapi kemudian terkejut apabila paras air meningkat dengan sangat cepat dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengalihkan beberapa guni berisi padi yang baru dituai sebelum ini ke tempat yang selamat.

“Saya benar-benar terkedu dengan kejadian ini,” katanya yang baharu mula menanam padi sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, lokasi sawah padi miliknya terletak berhmapiran dengan sungai, justeru setiap kali hujan lebat yang agak lama menyebabkan air dari sungai itu akan melimpah ke tapaknya.

Seorang lagi pesawah Lipang Buas (gambar kecil, kanan), 65, turut bersedih namun redha dengan musibah yang menimpa tanaman padinya.

"Tanaman  padi saya  terletak sangat dekat dengan sungai, jadi jelas saya yang paling banyak terjejas. Kami berada di tengah-tengah penuaian, jadi kebanyakan padi kami yang baru dituai ditinggalkan di dalam tuaian," katanya.

Berikutan masalah yang dihadapi mereka merayu pihak berkenaan menghulurkan bantuan khusus kepada pesawah di kawasan tanah tinggi yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.156975 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list