CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3150|Reply: 47

Menipu Dan Ambil Hak Orang Lain, Cara Penyelewangan 'Skim Rumah Pertamaku'

[Copy link]
Post time 26-1-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu inisiatif pemilikan rumah yang diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan untuk membantu pembeli membeli rumah pertama mereka, skim ini juga membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat.

Mereka boleh memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan dan syarat utama untuk memohon adalah pendapatan kasar isi rumah adalah sehingga RM5,000 (B40 sahaja) untuk pemohon tunggal dan RM10,000 untuk pemohon bersama.

kredit foto: PropertyGuru



Menurut Odisi, ada posting tular di media sosial Facebook bernama Mohd Khairul Mk bercerita mengenai penyelewengan skim ini yang mencetuskan kemarahan netizen.


Menurutnya, ada seseorang memberitahu isterinya untuk beli rumah dengan harga RM200,000, ianya murah katanya dan terus beritahu isteri untuk buat perjumpaan dan berkenalan dengan ejen tersebut.



Khairul mendapat tahu itu adalah rumah di bawah SRP dan jika mereka berminat dan dan isterinya kena buat tempahan atas nama orang lain di mana peguam yang menguruskan pembelian itu akan selesaikan dan tukar nama dalam sistem sebelum "sign" S&.

kredit foto: Facebook



Jadi, Khairul beritahu isterinya untuk menolak tawaran rumah tersebut kerana itu adalah rumah untuk orang yang dalam kemampuan tersebut dan jika beli juga, ibarat menganiaya orang yang mahu membeli rumah itu sedangkan mereka lebih daripada mampu.



Pada mulanya Khairul ingat rumah itu tidak ada orang beli kerana rumah berlebihan seperti rumah PR1MA yang bila tak habis jual dan mereka jual kepada semua orang.

kredit foto: MBGCard



Perkara penting untuk rakyat tahu yang seperti ini pun boleh dimanipulasi sedangkan rumah ini adalah keperluan, dia percaya ini adalah ujian Tuhan untuk tengok sama ada dia tamak ataupun tidak. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 04:18 PM | Show all posts
ramai org kaya buat camni...bkn bende baru...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:18 PM
ramai org kaya buat camni...bkn bende baru...

Bila dah jadi lumrah maka dah takde rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I husnuzon MK ni bukan nak riak dia mampu la dia golong T20 heheh. Sebab kes cmni rasanya dah berzaman & still going on takde sapa kesah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:18 PM
ramai org kaya buat camni...bkn bende baru...

Ada porumer ngaku ada beberapa biji rumah pprt dulu walaupun dia tu bukannya layak pun nak miliki 1 inikan beberapa biji.

Terus kena bahan Acong.

La ni, dua2 ni dah tak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:49 PM | Show all posts
ada je kawan aku perangai ambil hak orang lain ni. contoh, rumah selangorku. dia beli 1 rumah selangorku harga rm40k, sewakan kat orang dalam rm800 camtu. pastu dia IC johor, beli rumah pertama kat Johor dengan rege murah jugak. tapi power la...banyak pulak kabel dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil hak org lain, makan la kenyang2 satu keturunan. Esok2 anak tak menjadi jgn salahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2022 04:47 PM
Ada porumer ngaku ada beberapa biji rumah pprt dulu walaupun dia tu bukannya layak pun nak miliki  ...

Hihi..pakcik nogori kan..iols ada baca juga masa tu bangga dia dpt bolot rumah2 sbgi investment. Masa tu pokcik tu dah pencen ke? Lama giler..acong kelakar penah kena reject ngan forumer..offtopic lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 26-1-2022 04:49 PM
ada je kawan aku perangai ambil hak orang lain ni. contoh, rumah selangorku. dia beli 1 rumah selang ...

Kwn iols tipu slip gaji..rasanya ramai kot buat camtu..dia dah kaya raya pastu bg sewa ..utk investment katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 26-1-2022 05:00 PM
Hihi..pakcik nogori kan..iols ada baca juga masa tu bangga dia dpt bolot rumah2 sbgi investment. M ...

Shhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2022 05:03 PM
Shhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aish sebut pasal rumah, biler la nk dpt umah sendiri nie...da 8 taun masih menyewa..ingt ade rezeki taun ni kuar duit epf cikit gabung ngan epf laki bini pastu apply loan nk wat umah sendiri Kat tanah sendiri...aish risau pasal loan pulak time pandemic nie...doakan haku gais
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:17 PM | Show all posts
alangkan kawan i nobody tapi sebab uncle dia ketua pemuda umno tahap small fish pun dapat beli rumah flat murah sebab pakciknya submit nama...gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah dijadikan normal. Ambil hak orang, menjawab la di akhirat. Mahkamah dunia, kome2 ni lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:47 PM | Show all posts
ini jugak yang ada acik gomen gaji seribu mampu beli rumah 10 bijik dulu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu sewakan kat warga asing. Mmg haramjadah org2 kayap ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 06:30 PM | Show all posts
meols pun kut ada yg offer nak jual , beli je, sbb deme yg gatai nak jual.. tak mencari pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 06:40 PM | Show all posts
yang buat sakit hati ni sebab kalau report pun tak ada tindakan...daalm siasatan..dalam siasatan..

melainkan kau instapemes kemudian viralkan perangai haramjadah bangsat2 ni..baru lah nampak ada tindakan..

sama macam pembuat posting fb tu ..."someone I know" aja ditaipnya...someone I know tu siapa? dah buat tindakan ke terhadap someone I know tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 06:51 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah berpuluh tahun ada tapi masaalah masih tak selesai2.  Bila time check unit tup2 ada je tuan punya unit menginap.  Tima tak ada check unit tuan punya unit menghilang hanya penyewa je tahu dia dimana berada.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan ada kes dolu datin kena tipu dgn ejen ke apa pasal.rumah prima
Berlot2 dia.booking kauu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.080260 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list