CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Sabah] Dua PTI didenda RM40,000, dua tahun penjara

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:45 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah.

TAWAU : Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM40,000 terhadap dua pendatang tanpa izin (PTI) selepas mengaku salah memiliki barang kawalan bersubsidi tahun lalu.

Tertuduh Siroki Ganati dan Halim Salim didakwa melakukan kesalahan itu bersama pada 22 November 2021, jam 6.15 petang, di perairan Pulau Boheyan, dalam daerah Semporna.

Tertuduh, yang dibicarakan di kandang tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham ketika Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa menyimpan barangan kawalan berjadual iaitu 725 liter minyak petrol di dalam sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.

Semasa ditahan, tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran pemilikan barangan terkawal dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) termasuk dokumen pengenalan diri.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi kes pemilikan tanpa kebenaran barang kawalan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman denda RM40,000 dan dua tahun penjara setiap seorang.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk proses pengusiran pulang ke negara asal selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rudy Asmat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.139291 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list