Ketika wabak COVID-19 masih berleluasa dan varian baharu terus muncul, pegawai CDC mengemaskini saranan mereka secara berperingkat untuk memperlahankan penyebaran. Minggu lalu, CDC mengeluarkan panduan tentang pelitup muka dengan menyatakan bahawa orang ramai "patut memilih" untuk memakai pelitup muka jenis N95 dan KN95 untuk memastikan perlindungan terbaik terhadap COVID-19.
“Produk berasaskan kain memberikan perlindungan paling sedikit, produk tenunan halus yang berlapis menawarkan lebih perlindungan tetapi pelitup muka untuk pembedahan pakai buang (surgical mask) dan KN95 menawarkan lebih perlindungan, dan pelitup muka well-fitting yang diluluskan NIOSH (termasuk N95) menawarkan tahap perlindungan tertinggi. ” agensi itu menyatakan di laman webnya.
Apakah perbezaan antara N95 dan KN95? Pelitup muka menawarkan tahap perlindungan yang sama dan kedua-duanya menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah udara. N95 dikawal selia sebagai peranti perubatan kelas II oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) dan mesti diperakui oleh U.S. National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH). KN95 tidak perlu memenuhi syarat yang ketat Amerika Syarikat sama seperti N95, tetapi ia memenuhi piawaian antarabangsa untuk keselamatan dan boleh didapati dengan meluas daripada N95.
Pelitup muka KN95 lebih terlekap daripada pelitup muka jenis pembedahan pakai buang dan menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah udara, lapor NBC Chicago. "Ia mempunyai tahap perlindungan yang lebih tinggi" daripada jenis kain, kata Dr. Allison Arwady, pesuruhjaya Jabatan Kesihatan Awam Chicago.
Sebelum anda menambah stok pelitup muka KN95, pastikan ianya sahih. CDC mengesahkan bahawa terdapat banyak topeng palsu dan memberi amaran kepada orang ramai untuk melakukan penyelidikan mereka sebelum membuat pembelian. Cara paling mudah untuk mengesahkan bahawa KN95 yang anda beli menawarkan tahap perlindungan yang betul kepada anda adalah dengan memastikan ianya diluluskan FDA.
Post time 26-1-2022 07:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku syak artikel tu related dengan inisiatif kerajaan Biden untuk distribute N95 mask secara percuma kepada rakyat US. Jadi media kenalah cerita N95 ni bagus.
Sementara itu di Malaysia dahulu pernah dengar juga kisah mask percuma dari kerajaan. Sampai sekarang belum dapat.
Post time 26-1-2022 07:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 26-1-2022 07:28 AM
Aku syak artikel tu related dengan inisiatif kerajaan Biden untuk distribute N95 mask secara percuma ...
Disebabkan ada tempat yg dapat mask, so aku assume kalau ko xdpt, maybe peruntukan utk mask tu dah dikebas yb kawasan. Rumah aku dapat sekotak mask & 1 botol hand sanitizer dr Ku Nan