CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1389|Reply: 16

[Tempatan] Seorang lelaki ditahan kejadian samun tular. #2, Pemandu e-hailing disamun penumpang, cedera ditikam pada leher

[Copy link]
Post time 25-1-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-1-2022 10:15 AM

Seorang lelaki ditahan kejadian samun tular

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... jadian-samun-tular/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
25 Januari 2022, 4:25 pm


Tangkap layar video memaparkan dua lelaki bergelut di tepi jalan dalam kejadian samun, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun yang berlaku di sekitar Sentul, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah mengesan beberapa buah video tular di laman Facebook berhubung kejadian samun berkenaan.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah berjaya menahan suspek di sekitar Kota Damansara dan menemui semula kereta jenis Proton Saga ketika proses tangkapan dilakukan.

“Suspek yang berusia 23 tahun itu akan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut dan kenyataan lengkap berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, pengguna media sosial digemparkan dengan kejadian dua lelaki bergelut di tepi jalan hingga salah seorangnya berlumuran darah.

Pengguna mendakwa salah seorang lelaki itu merupakan pemandu e-hailing yang menjadi mangsa samun.

Menerusi tiga video yang tular memaparkan dua individu sedang bergelut antara satu sama lain sehingga menyebabkan seluar lelaki berbaju kuning terlondeh.

Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya terjatuh ke jalan raya sebelum lelaki berbaju hitam bertindak memecut kereta jenis Proton Saga. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2022 06:14 PM | Show all posts
Pemandu e-hailing disamun penumpang, cedera ditikam pada leher

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ditikam-pada-leher/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
25 Januari 2022, 5:46 pm


Suspek (kiri) yang berusia 23 tahun berjaya diberkas polis di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing cedera akibat ditikam dengan pisau oleh seorang penumpang lelaki yang bertindak melakukan samun terhadapnya di tepi Jalan Sentul Pasar, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 2.08 petang pada hari yang sama daripada pemandu berkenaan yang mendakwa keretanya telah dilarikan suspek.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya dengan menggunakan aplikasi In Driver.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa telah memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar, namun suspek meminta akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara online.

“Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek bertindak menikam leher mangsa menggunakan objek tajam (pisau) pada bahagian leher,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta mangsa jenis Proton Saga warna kelabu dan beberapa barangan peribadi miliknya yang tertinggal di dalam kereta tersebut.

“Mangsa kemudiannya dibantu orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari di Kota Damansara, hari ini yang disyaki terlibat dalam kes samun tersebut.

“Kita turut merampas kereta yang telah dilarikan suspek dan beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang, kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:22 PM | Show all posts
Mengerikan beraninya menyamun cara tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:29 PM | Show all posts
badan sihat elok , gendut lemak pun bertaburan

awat tak cari kerja halal dek oiii..?. sia2 mak ko lahir kan kat donia dek ... yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ngerinya berdarah macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon ajk masjid mandikan dan kafankan terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dijatuhkan hukuman berat yg setimpal. Badan sihat, keja la kalau nak duit. Geram baca citer2 macam nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pengaruh dadah tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya dia terdesak tu
X cukup duit nak beli ubat
Mana kariah x tlg bantu???
Zakat? Baitulmal? Jkm? Kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:34 AM | Show all posts
kl putrajaya rate grab dlm 130...nk bgtau je
kalo in driver murah skit kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspeknya melayu ke?  Badan tu dah size anak gajah pun nak samun org.  Berani dia tikam2 orang harap2 lama lah kedalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mereput la ko kat dlm. Gi bwk lari kereta org tu lagi la senang nk cari. Buat kerja bodoh lg.. org tu cari rezeki kesiannya family mangsa, takziah buat family mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:26 AM | Show all posts
mangsa nye yg mane satu?? yg gendut ke ape? sbb yg gendut yg berdarah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:27 AM | Show all posts
Tahi-tahi macam ni harus dihukum seberat-beratnya. Samun, attempted murder..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:01 AM | Show all posts
teky replied at 26-1-2022 08:26 AM
mangsa nye yg mane satu?? yg gendut ke ape? sbb yg gendut yg berdarah...

Mangsa ngan suspek dua2 gendut tapi yg baju hitam tu yg penyamun nya, baju kuning berdarah2 tu mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
teky replied at 26-1-2022 08:26 AM
mangsa nye yg mane satu?? yg gendut ke ape? sbb yg gendut yg berdarah...

Dua dua pun gendut. Mangsa pakai baju kuning berdarah2 tu.. Indian rasanya. Suspek tu macam cina pun ye.. macam melayu pun ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 04:36 PM | Show all posts
selama ni hanya tengok kat TV citer omputeh jer menyamun in the broad day light...
rupanya kat Malaysia pun dah ada.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.103517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list