CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 84|Reply: 0

[Sabah] Pertubuhan Tiong Hua diminta bantu sampaikan dasar kerajaan

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:30 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Nizam (tiga kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Tiong Hua di Tawau.

TAWAU: Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua di daerah ini diharap dapat membantu menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat terutamanya kaum cina di sini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat menghargai kaum-kaum yang ada di negara ini.

Katanya, kerajaan GRS tidak pernah memilih bulu dalam pentadbirannya, bahkan semua kaum dan agama mendapat hak yang sama terutamanya dalam menyalurkan peruntukan atau sumbangan.

“Semua kaum di negeri ini akan mendapat perhatian daripada kerajaan dan kepelbagaian itu adalah satu keunikan serta keistimewaan kita di Malaysia yang tidak ada di negara lain.

“Sepanjang tahun, kita mempunyai banyak perayaan yang bukan sahaja diraikan oleh sesuatu kaum, tetapi turut diraikan bersama oleh kaum lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua, di sini hari ini.

Menurutnya, perbezaan kehidupan, budaya dan kepercayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengasingkan diri kerana masyarakat sudah didedahkan sejak kecil lagi untuk saling menghormati.

“Kepelbagaian perayaan yang ada di negara kita juga membuktikan Malaysia bukan sahaja kaya dengan khazanah alam, bahkan kaya dengan keamanan dan kebudayaan.

“Justeru, keamanan dan keharmonian yang kita nikmati pada hari ini diharap dapat dikekalkan untuk generasi akan datang,” katanya.

Nizam berkata kerajaan GRS juga telah menyediakan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM48 juta untuk membantu institusi pendidikan, persatuan dan rumah ibadat bukan islam di negeri ini.

“Selain itu, peruntukan RM1 juta turut disediakan untuk membeli kepala singa dalam membantu aktiviti Persatuan Tiong Hua di seluruh Sabah sempena Tahun Baharu Cina.

“Peruntukan itu adalah yang terbesar sejak kemerdekaan Sabah dan ia antara inisiatif kerajaan GRS dalam mengiktiraf semua kaum di negeri ini,” katanya.

Nizam berharap masyarakat cina di daerah ini terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Saya berharap dengan Tahun Harimau mengikut kalendar Zodiak Cina tahun ini akan membawa tuah dan kegembiraan kepada masyarakat di Tawau,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Suryady Bandy; ADUN Balung, Hamild Awang dan ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg. Amir.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082197 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list