CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 7

Dibah AA suroh pokemon2 macam kau pikir pakai otak masing2 daripada berarak macam lembu bodoh

  [Copy link]
Post time 23-1-2022 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Berarak macam ‘lembu bodoh!’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

PETALING JAYA – Pengacara bermulut lantang Azwan Ali ‘naik hantu’ selepas beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Azwan atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA menerusi TikTok miliknya telah memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan di sekitar Kuala Lumpur sehingga beberapa jalan raya ditutup oleh pihak berkuasa.

“Gara-gara kecoh dan tangkap Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), sampai sesak jalan ke arah Bangsar.

“Aku bukan penyokong Azam Baki, tapi otak letak di mana? Kerana orang macam kaulah (peserta perarakan). Jalan ditutup sehingga menyusahkan orang lain,” kata Azwan.

Dalam hantaran video itu juga, Diva AA dengan lantang menggelar peserta yang menyertai perarakan pada hari ini dengan gelaran ‘lembu bodoh’ kerana telah menyusahkan orang lain.

“Masing-masing ada otak. Fikirlah! Daripada nak berarak macam ‘lembu bodoh’. Kau viralkan video ini. Menyusahkan orang lain.

“Nak tangkap Azam Baki, tangkaplah! Tapi jangan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dakwa personaliti berusia 55 tahun itu, sepatutnya orang ramai menggunakan saluran undang-undang sedia ada, bukannya mengadakan perhimpunan dan perarakan beramai-ramai sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Sebab nak berhimpun, orang lain susah. Gunakanlah saluran undang-undang yang betul,” tegasnya.

Terdahulu, lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan “Tangkap Azam Baki” sekitar pukul 11 pagi hari ini.

Penganjur perhimpunan itu turut mengingatkan peserta-peserta supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki juga dijangka terus kekal di kawasan Stesen LRT Bangsar di mana sebelum ini perhimpunan dijangka dilakukan di hadapan pusat beli-belah Sogo. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2022 01:59 AM | Show all posts

AZWAN ALI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2022 02:00 AM | Show all posts
[tiktok]7055833120867683611[/tiktok]
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:56 AM | Show all posts
demo azam baki - polis tutup lrt
covid naik 95% xde gejala/ringan = polis tutup negara bisnes duduk rumah  hilang kerja

talk about overaction yg menyusahkan org lain siapa puncanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
demo sampai ko terlentang punnnn
si azam tu tetap lepas punyaaaa
kita bukan jenis negara yang memang sampai bakar2 loot barang kedai macam negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 10:18 PM | Show all posts
transaction record duit elaun ratusan usd drpd abang bebi AA tu betul ke? jgn nerakakan ai #tanyajerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
jap...sapa yg tutup jalan, protestor ke polis?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:06 PM | Show all posts
Aku pun tak gemar gak tapi kalau tak suka pun orang protes tak yah lah panggil lembu atau seumpamanya... Kata negara demokrasi. Guna saluran undang2 yang betul tu camna?? Bagi la cadangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.588268 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list