CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3469|Reply: 51

[Tempatan] Pelajar cemerlang hina agama dalam Facebook didakwa

  [Copy link]
Post time 21-1-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar cemerlang hina agama dalam Facebook didakwa

https://www.utusan.com.my/terkin ... m-facebook-didakwa/

Oleh NORHAYATI YAHAYA
21 Januari 2022, 1:01 pm


MOHAMMAD Syafiq Iqbal Mohammad Helmi mengaku tidak bersalah menggunakan Facebook untuk memulakan penghantaran komunikasi jelik di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM: Seorang bekas pelajar cemerlang yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2008 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana memulakan hantaran komunikasi jelik hina agama dalam Facebook pada Disember 2019

Mohammad Syafiq Iqbal Mohammad Helmi yang juga seorang penganggur bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Syafiq, 31, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook dari akaun ‘Syafiq Iqbal’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik di Subang Hi-Tech Industrial Park, Subang Jaya pada pukul 4.41 petang, 23 Disember 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fazril Sani Mohamed Fadzil mencadangkan jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat SKMM terdekat setiap bulan.

Peguambela, Nurul Ikrimah Mohd. Raya bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh adalah seorang pelajar cemerlang dan pernah melanjutkan pengajian peringkat Matrikulasi di Gopeng, Perak tidak mempunyai pekerjaan serta masih ditanggung oleh keluarga.

“Mohammad Syafiq yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan masih bujang mempunyai masalah ‘depression’ (tekanan jiwa) selepas kedua ibu bapanya bercerai. Dia juga berada dalam jaminan polis tetapi tetap hadir ke mahkamah hari ini dan pihak kami memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana RM5,000 agak membebankan,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 21 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Gopenghagen tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi up thread sket.

Btw, orang Jitra ka heols? Jumpa profile di Linkedin. Heolsz ka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini ada satu lagi Mohammad Shaffik hina agama sundri.

https://www.google.com/amp/s/www ... ipenjara-hina-islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu porumer2 CI jangan sembarang tuduh yang hina Islam itu keling la, Hindu la, kapir la. Ujung2 born Moslem sundri juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 21-1-2022 07:14 PM

Yang cemerlang xda kerja, yg pointer paras2 hidung dapat kerja best2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni galak kt grp murtad
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 la deknon nak jdkan makpak bercerai as masalah dunia ko berhenti berpusing...depa nak bercerai lantak pi la..tak yah salahkan depa ke haper..jln terus majukan diri sendiri ja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Then ..cemerlang akademik bukan bermakna cemerlang sakhsiah dan akhlak
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 21-1-2022 07:33 PM
Udah2 la deknon nak jdkan makpak bercerai as masalah dunia ko berhenti berpusing...depa nak bercerai ...

Aku baca artikel kat media..dia x diwakili peguam..hihi auto aku terpikir xde ke mana2 peguam nak tampil jd peguambela? Sekadar tanya……
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemerlang SPM tapi study smpi matriks je. Pastu menganggur. Muda lagi rambut dh nk botak kt tengah. betul la depression kot sbb gagal dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kene ke kaitkn dgn result SPM yg dah berlalu lebih 12 thn lps..in fact bukan straight A's pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 21-1-2022 07:38 PM
Aku baca artikel kat media..dia x diwakili peguam..hihi auto aku terpikir xde ke mana2 peguam nak  ...

Mohon peguambela asiah abdul jalil law chambers pro bono.  Kurang la sikit cerita gaduh kan laki dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 21-1-2022 07:51 PM
Cemerlang SPM tapi study smpi matriks je. Pastu menganggur. Muda lagi rambut dh nk botak kt tengah.  ...

Sijil matriks tak laku. Lainlah stpm.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiii.. Tak yah sesusah memaki agama.. Tak suka agama A pi convert agama B.. Ulang2 sampai AJM. jantan ni pun bukan nak kena minta consent makpak nak pi convert mana2 agama. Dah renta..
Ujung2 salahkan depresi..penat tetek layan news mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 21-1-2022 07:38 PM
Aku baca artikel kat media..dia x diwakili peguam..hihi auto aku terpikir xde ke mana2 peguam nak  ...

Tu la kan..geng2 loyar kan ada yg liberal2 ni...umur 30 thn pun parent nak kena tanggung lg..tatau la mak dia ka pak dia...org mcm ni agaknya kena kasik lempang bior berdesing baru rs nak berpijak di bumi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena hantar sekolah pondok kasi repair, bagi mak bapak angkat, dapatkan persekitaran penuh kasih sayang, buang media social internet game yg merosakkan, bagi pokok binatang peliharaan supaya kaseh kpd makhluk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-1-2022 08:43 PM
Sijil matriks tak laku. Lainlah stpm.

Sijil matriks laku dah skrang,setaraf stp. Tp laku nk apply keje kerajaan jelah. Kalau swasta tak pandang matriks tu dah. Sape yg matriks 2000 ke atas bleh mohon sijil matriks ni kt website kpm
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh conntact bangjat camne nak apply suaka.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:07 PM | Show all posts
Seorang bekas pelajar cemerlang yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2008
Relevan lagi ke result SPM 2008 pada tahun 2022?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.242971 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list