CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7223|Reply: 59

Jarang Jumpa Sebab Sibuk, Remy Ishak Tak Selesa Bawa Isteri Pergi Majlis

  [Copy link]
Post time 21-1-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Ruang hidupnya yang selama ini kosong kini terisi dengan kehadiran wanita bergelar isteri, Ezza Yusof pada 21 Ogos tahun lalu.


Justeru, kehadiran 2022 disambut ceria pelakon Remy Ishak, 39, yang sudah merancang pelbagai agenda dalam hidupnya.


Menjangkau tempoh 16 tahun dalam industri seni, kerjaya Remy semakin sukses apabila berjaya memiliki syarikat produksi sendiri.


Foto: IG




"Untuk tahun ini saya ada beberapa projek drama dan filem yang akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat.


"Sekarang saya terbabit dalam penggambaran drama 40 episod berjudul Jangan Menangis Cinta adaptasi dari novel Siti Rosmizah terbitan Astro. Selepas ini saya akan masuk set filem aksi terbitan Astro Shaw. Filem Harum Malam lakonan saya arahan Dain Said akan ditayangkan tahun ini," katanya.


Remy kini mempunyai dua syarikat produksi iaitu Remy Films dan Riimagine Works Sdn Bhd sebagai perancangan untuk tahun ini.




  



"Saya selesa bekerja di belakang tabir dan kalau boleh saya hanya nak jadi penerbit dan pegang watak sampingan dalam drama atau filem produksi saya.


"Untuk mengarah, biar mereka yang lebih layak mengisi jawatan ini. Saya tak nak dikatakan tamak buat semuanya.


"Alhamdulillah, saya baharu siapkan telefilem untuk RTM. Untuk filem pula, saya akan umumkan menerusi sidang media apabila sudah siap nanti," katanya.




  



Pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) menerusi filem Sangkar ini berkata, menubuhkan syarikat produksi sendiri adalah pilihan terbaik yang dibuat berbanding terbabit dengan perniagaan lain sebelum ini.


"Selepas banyak juga terbabit dalam bidang perniagaan lain yang bukan hiburan, saya sering juga kecundang kerana bukan bidang saya.


"Saya nak mencuba, tapi kena akur ia sebenarnya bukan bidang saya. Rasanya hiburan adalah bidang saya dan saya fokus kepada itu saja. Adalah lebih bagus kerana selama lima hingga enam tahun buat perniagaan lain, saya lebih cenderung kepada hiburan," katanya.


"Itu bukan bidang saya. Memang saya rugi dan tiada untung. Harapnya produksi ini ada bawa keuntungan kepada saya," katanya.






  



Mengulas kehidupan rumah tangganya, Remy berkata, Ezza seorang usahawan dan agak sibuk dengan perniagaannya.


"Jadi, saya dengan dia lebih banyak tertumpu kepada karier. Lagipun perhubungan saya dengan dia selama lapan tahun adalah sangat biasa. Bidang perniagaan kami berlainan dan misi juga berbeza.


"Saya tak ganggu perniagaan dia dan dia pun tak ganggu perniagaan saya. Kadang-kadang kami tak berjumpa kerana waktu kerja berbeza.


"Dia pun banyak habiskan masa di pejabat. Dia pengarah kreatif untuk produknya dan banyak habiskan masa untuk perniagaan. Saya pula sibuk dengan pasukan saya," katanya.




  





  



Remy berkata, dia kurang selesa membawanya ke mana-mana majlis, namun menyokong penuh perniagaan isterinya.


"Biar orang kenal saya saja. Saya beri sokongan penuh terhadap produknya supaya orang kenal, tapi bukan kerana dia isteri saya," katanya.


Dalam pada itu, Remy sekali lagi terpilih sebagai juri program The Masked Singer Malaysia musim kedua yang bersiaran bermula 28 Januari ini di saluran Astro Warna HD.




  



"Musim ini sangat menyeronokkan. Saya sebenarnya pelakon. Bila dipanggil untuk musim pertama mulanya saya gementar juga. Tapi, bila dah bersama dengan semua, mereka gila-gila dan selepas tiga, empat minggu bersama mereka dalam musim pertama, baru saya tahu bagaimana rentaknya.


"Maknanya saya tak boleh jadi Remy Ishak. Saya kena bergembira dengan mereka dan program ini. Ia bukan program untuk uji kepandaian, hanya program hiburan untuk seisi keluarga. Main teka-teka, jadi tak payah nak serius sangat," katanya.


Dia mengakui berasa lebih relaks dan tenang serta program ini mewujudkan satu sisi yang baharu dalam hidupnya.


"Saya kini jadi lebih ceria dan lebih suka berkongsi pandangan. Sebelum ini saya simpan kalau nak kongsi apa-apa, tapi sekarang kongsi saja. Tiada apa yang nak disembunyikan lagi,"katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 03:02 PM | Show all posts
okla kalau masing2 setia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm malu je nak expose bini dia? Kenapa eh, bini dia ok je ku tengok

Ke kalau dpt mira piljah baru kau nak all out meriak tayang?

Pelik2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:54 PM | Show all posts
Apa apa jela bam wemy
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:55 PM | Show all posts
Kenapalah buat statement mcm bini tu ada ke tak ada cam tak kesah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah fasa matang..bukan hari2 nk gesel janggut laki je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 03:58 PM | Show all posts
wak_pijah replied at 21-1-2022 03:45 PM
Dia ni mcm malu je nak expose bini dia? Kenapa eh, bini dia ok je ku tengok

Ke kalau dpt mira pi ...

ada je dia kaco live ig wife dia
kdg dia msk menyelit tlg jual kasut bini dia
depa mmg dua ni x follow ig masing2 sjk kawen
bini dia ada je tag kt stories ig remy
remy pn sama cuma depa x follow je


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah replied at 21-1-2022 03:45 PM
Dia ni mcm malu je nak expose bini dia? Kenapa eh, bini dia ok je ku tengok

Ke kalau dpt mira pi ...

Mira pn hilang seri dah muka kering tk de isi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni nk simple2 jer
Aku suka cara mcm ni... Yg penting bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:13 PM | Show all posts
tak suka la orang gini, nak nampak sgt acah2 sempoi sampai keluar statement tak kisah bini camne kat mana..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey sikitlah dari Tok Ram....Ada juga dia post gambo is3 die muehehehheh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:15 PM | Show all posts
alamak lps ni product ada RI kat depan bikin confuse la. Remy Ishak or Rizalman Ibrahim gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah: Dia ni mcm malu je nak expose  ...

I sependapatan with U.
Rasa sebab hat dia tangkap ni tak berapa glam....
I
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
moga baik2 je la ye Wemy, jgn la ko hancurkn hari isteri ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 12:58 PM | Show all posts
cara remy cakap macam mereka suami isteri bawa haluan sendiri. sapa jer yg kerja sama bidang dgn pasangan wemy oii. sibuk macam mana pun dalam sehari tu mesti jumpa makan sama2 ka. bab bawa ke majlis tu satu hal. tak ada sapa nak kata apa aih kalau bawak bini pi sesama. pelik la dia ni.. dulu pi mana2 soarang2 takpa lah.. bawak la isteri tu... haisssh. aku kalau jadi wife yg diperlakukan begini mesti la rasa tersedih gak sikit2. dah la baru kawin. (bukan suruh buat sejiwa sejoli macam tin liza dan dato jutawan yer...)
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak brp nak in love.. camni lah jadinya. Tgk nyna tu haa acu senapang pun laki dia sanggup lagi hadap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 21-1-2022 04:13 PM
tak suka la orang gini, nak nampak sgt acah2 sempoi sampai keluar statement tak kisah bini camne kat ...

Kecik hati bini
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah agak dah bam wemy perangai macam ni lepas tau dorang on off couple 8 tahun and wife dia banyak makan hati dulu.
So buat apa kawin kalau jarang together?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela ni lah hubungan sejenis yg dah abis fasa madu.. dah sefahaman , mcm meols laki bini dah berbelas thn kawen, dah ckp paham memasing, peringkat skrg fasa nak membesarkan anak2 pulak , tu pentingnya ada anak, tp kalau xde pandai2lah menghangatkan hubungan yg makin malap..maklumlah dah lama
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum kawen kena friendzone, pas kawen pun kena friendzone ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073598 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list