CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 120|Reply: 0

[Sabah] Usahawan Borneo taja perhiasan Tahun Baharu Cina di ‘Chester Circus’

[Copy link]
Post time 20-1-2022 07:58 PM | Show all posts |Read mode


PERMOHONAN: Willian (kiri) menyampaikan surat permohonan kepada Lim Min Chee disaksikan Elbert Lim (tengah).

TAWAU: Dewan Perniagaan Tionghua Tawau sekali lagi diberikan kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk menghias ‘Chester Circus’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kali ini.

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau, Chia Seong Fatt berkata kali ini persiapan menghias telah mendapat dana sumbangan daripada syarikat Kumpulan Usahawan Borneo.

“Dewan ini telah mendapat kepercayaan untuk menghias ‘Chester Circus’ ini selama tiga tahun berturut-turut dan ini adalah satu penghargaan kepada kami.

“Namun, kali ini terdapat kelainan kerana kami hanya menjalankan projek sahaja, manakala semua perbelanjaan ditaja oleh Kumpulan Usahawan Borneo,” katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.

Menurutnya, kami sangat berterima kasih kepada Pengerusi Kumpulan Usahawan Borneo Datuk Elbert Lim Yu Ming kerana memberikan sokongan dan bantuan terhadap projek ini.

“Perhiasan di ‘Chester Circus’ ini adalah simbol kebudayaan dan perayaan sempena ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya harap agar tradisi tersebut dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Katanya, dengan adanya sumbangan daripada pengusaha tempatan, perhiasan ‘Chester Circus’ tahun ini akan lebih menonjol dan cantik.

“Kita mahu ia menjadi lokasi yang akan dikunjungi orang ramai untuk bergambar, disamping menarik minat pelancong dari luar datang ke Tawau,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau Liew Pau Jin pula berkata, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan projek ini berjalan lancar.

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh mereka yang pernah terlibat dengan kerja-kerja perhiasan sebelum tahun sebelumnya dan golongan pakar.

“Kerja menghias sedang dijalankan ketika ini dan dijangka siap dalam masa dua minggu sebelum ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Untuk rekod, perhiasan kali ini akan memperagakan patung Naga, Singa, Tikus Emas, Kerbau serta banyak lagi dan yang pastinya menjadi tarikan untuk mengabadikan gambar kenangan.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan Usahawan Borneo Johnson Wong Chong Sing dan Lim Min Chee serta Setiausaha Dewan Perniagaan Tionghua, Willian Tan.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070133 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list