CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 874|Reply: 1

Saleha Minta Beri Ruang Untuk Bertenang

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Siti Saleha, 32, berterima kasih atas keprihatinan ramai terhadapnya selepas perceraiannya dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar, 36, baru-baru ini.



Saleha berkata, dia terharu dan menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya dan menyifatkan takdir tertulis untuknya adalah aturan terbaik daripada Allah.




Kredit foto: IG Saleha




"Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih tidak terhingga untuk kata-kata sokongan yang indah, ingatan dan doa pada waktu penuh dugaan ini.


"Saya menghargai setiap satu dan anda semua. Kita hanya mampu merancang tapi pada pengakhirannya, Allah lebih tahu yang terbaik," katanya.


Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu juga memohon diberikan ruang untuknya bertenang buat masa sekarang.


Terdahulu, Saleha mengesahkan dia sah bercerai dengan Ahmad Lufti dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada 17 Januari lalu.


Dia akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan hanya bertahan selama empat tahun. Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.


Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat macam mana. Jodoh sampai takat tu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list