CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

"Kau Keluar, Beli Kereta Ni Pakai Duit Aku Juga," Isteri Mengamuk Panjat Kereta Tangkap Suami Curang!

[Copy link]
Post time 20-1-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Tiktok aniskapranasella



Perkara yang ditakutkan dan menjadi mimpi ngeri buat semua adalah apabila hadirnya orang ketiga di dalam sesebuah perkahwinan. Semua orang mempunyai impian untuk hidup bahagia bersama pasangan.


Tetapi kadang-kala nasib tidak menyebelahi kita dan kita diuji dengan pasangan yang curang.



Walau bagaimanapun, perbuatan curang tersebut tidak akan terjadi jika sebelah pihak tidak melayan sehinggalah berlakunya keretakkan rumah tangga disebabkan perselingkuhan terbabit.

Beberapa hari yang lepas, viral sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai aniskapranaselladi platform TikTok.


Dalam video tersebut terlihat seorang wanita berbaju putih duduk di bahagian bonet hadapan kereta dan dikelilingi oleh orang ramai yang menyaksikan keadaan tersebut. Kejadian tersebut terjadi di negara Indonesia.


Wanita itu membuat tindakan tersebut kerana individu yang berada di dalam kereta itu merupakan suaminya yang sedang bersama-sama wanita lain.


Akibat terlalu marah dan kecewa apabila melihat dengan mata sendiri tentang apa yang dilakukan oleh si suami, wanita tersebut nekad melompat di bahagian hadapan kereta ketika ia sedang bergerak secara perlahan di tepi jalan raya.


"Kau keluar! Kau bawa keluar juga perampas itu. Beli kereta ni pakai duit aku juga"


Wanita itu turut menepuk-nepuk cermin hadapan kereta yang dinaiki oleh suaminya dan memanggil suaminya dan perempuan yang digelar perampas itu untuk keluar dari kereta untuk sama-sama bersemuka.


Dari pemakaian si isteri dalam video itu, difahamkan dia merupakan seorang bidan di sebuah pusat perubatan berdekatan.


Melihat ke ruangan komen, hampir kesemua netizen turut berasa geram dan marah dengan kejadian yang berlaku serta memuji tindakan orang sekeliling yang turut bekerjasama untuk membantu menghalang kereta itu dari bergerak. -CARI



Sumber: Tiktok aniskapranasella

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-12-2023 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.033383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list