View: 2472|Reply: 43
|
Dah 7 Hari Ibu Meninggal Tapi Masih Ditahan Dalam Peti Mayat, Anak Tak Mampu Langsaikan Kos Hopital RM19 Ribu
[Copy link]
|
|
Sayu apabila jenazah seorang ibu tidak dapat dikebumikan segera gara-gara kos perubatan semasa hayat arwah di hospital belum dilangsaikan.
Kos perubatan arwah bukannya bukannya sedikit, tetapi mencecah puluhan ribu ringgit.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan seorang pengasas badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma atas sumbangan masyarakat, di laman Facebook Mr Wan Cai Official.
Bercakap kepada mStar, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Chai berkata, arwah merupakan warga Indonesia berusia 53 tahun, dimasukkan ke sebuah hospital di Selangor sejak lebih sebulan lalu kerana dijangkiti Covid-19.
Foto: mStar Online
Menurutnya, arwah yang juga ibu kepada dua anak perempuan itu meninggal dunia lebih seminggu lalu akibat komplikasi selepas sembuh daripada Covid-19.
"Bil perubatan arwah yang perlu dibayar berjumlah hampir RM19,000 untuk kos rawatan lebih sebulan di hospital.
"Jenazah dah tujuh hari berada dalam peti beku mayat kerana dua anak arwah iaitu pasangan kembar berusia 18 tahun tidak mampu bayar bil perubatan," katanya ketika dihubungi.
"Suami arwah merupakan pemastautin tetap meninggal dunia pada 2016, tinggal arwah dan anak-anak di Malaysia dan tiada saudara-mara lain kecuali di Indonesia," katanya ketika dihubungi.
Menurut Wan Chai, arwah sebelum ini merupakan suri rumah sebelum berniaga barangan runcit secara kecil-kecilan, sambil menambah kedua-dua anak arwah dilahirkan di Selangor.
Beliau berkata, pihaknya dihubungi anak arwah bagi mendapatkan bantuan dan mereka berusaha untuk mempermudahkan urusan pengebumian jenazah.
"Dengan kerjasama rakan-rakan UKVJ mencari jalan penyelesaian melalui beberapa proses, akhirnya bil perubatan yang perlu dibayar dapat dikurangkan dari RM19,000 kepada RM10,000.
"Saya kemudian minta anak sulung arwah menghubungi ahli keluarga ibunya di kampung di Indonesia berikhtiar cari duit tanpa meletakkan jumlah yang perlu dikumpulkan.
"Yang penting sama-sama usaha. Jika baki yang dikumpul masih tidak mencukupi, pihak kami akan cuba cari jalan dengan membuat kutipan derma kilat," katanya.
Namun kata Wan Chai, anak arwah menghubunginya semula beberapa jam kemudian dan memaklumkan sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan.
"Keluarga arwah di Indonesia berjaya mengumpul duit yang diperlukan dalam masa yang dikira singkat.
"Saya tak pasti sama ada mereka pinjam sana sini dengan saudara-mara atau sebaliknya. Cuma saya yakin urusan jenazah telah dipermudahkan Allah, Alhamdulillah," katanya.
Wan Chai berkata, jenazah akhirnya disempurnakan pada hari kelapan meninggal dunia, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di Klang.
"Kasihan jenazah terpaksa diletakkan lama dalam peti mayat. Mujur Allah aturkan anak-anak arwah bertemu kami.
"Bayangkan dah seminggu jenazah ibu mereka belum dikebumikan... jika tidak, entah berapa lama lagi. Alhamdulillah, pengebumian jenazah telah disempurnakan," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Firska,trisna,rohana,wong...dan semua indon yg ada di bumi Msia....dipersilakan membantu....saudara kalian ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedara mara friska ni..mohon friska yang berjaya berkahwin jantan Melayu jusa C dapat membantu masalah warganegara @Friska |
|
|
|
|
|
|
|
insiden2 sebegini patu di laporakn kpd kedutaan indonesia...biar kerajaan sana selesaikan |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju gini. sama jgk dgn rakyat malaysia kat luar negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 20-1-2022 09:56 AM
Sedara mara friska ni..mohon friska yang berjaya berkahwin jantan Melayu jusa C dapat membantu masal ...
Masa ni la nak bantu kaum, bukan setakat membangga2 bukak thread indon berhasil, indon bakalan......thread macam ni diam tak berkutik ko kan @Friska babu ndon |
|
|
|
|
|
|
|
Friska bab duit2 ni buat bodoh...bangsa sndr xnk tlg..bangsa lain dicerca...xsedar dia sndr membusukkan nama bangsa dia |
|
|
|
|
|
|
|
Senang betul indon dapat PR walaupun anak bini semua bukan Malaysian. Bangsa lain berpuluh tahun pun tak lepas walaupun anak bini/laki Malaysian. |
|
|
|
|
|
|
|
friska left the chat
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnye....dah sembuh covid tapi masih tak dapat diselamatkan. Lambat pulak kebumi sebab masalah kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi camne die bleh lepas masuk swasta sbb setau aku swasta kene bayar deposit dulu kan? atau kene tunjuk polisi insurans baru swasta nak terima |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya...hospital swasta mmg lh mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Realiti sekarang, semoga dapat dilangsaikan hutangnya itu |
|
|
|
|
|
|
|
Ngo tak yah ngok sgt nk kesiannnn
Bio duta diorg urusin |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 20-1-2022 02:10 PM
Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.
Org lain aku xtau lah...tp sma salah malaysia..indontuh terpaling sgttttt....ko tgk bila bangsa dia susah, ada dia tolong?....ku pulangkan sahaja paku buah kerassss
Note:aku selalu nmpk dia bergasak pasal hbgn 3pnejuru....di ckp org malaysia xpndi jaga laki....kekekkek |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia indon perasan bagus.....
|
|
|
|
|
|
|
|
aduh sedih..ketakutanlah anak anak nak bayar mana mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kes2 begini lenkali minta aja deh sama itu si halilintar
kat KL ni banyak je indo yg kaya kaya
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 20-1-2022 02:10 PM
Knpa ummah forum Cari bnci sngt kat Friska? Klau kat Stinger iol faham lah.
Dia bermula dengan kisah peribadi sana. Kat board peribadi. Masalah dia dengan madu. Kawen dengan laki melayu penjawat awam pangkat JUSA C. Kira hebatlah tu. Lepastu tak puas hati dengan madu. Isteri pertama laki tu sakit kronik. Forumer marahlah kan aphal ko kacau laki orang. Bini tengah sakit. Lepastu mengadu domba dengan sini minta penyelesaian. Lama2 dia dekat board ci ni ehhhh hipokrit sungguh. Pasal Indon yang bagus2 dia bukak thread bandingkan Malaysia. Pasal Indon goblok2 semua dia senyap Jerr. |
|
|
|
|
|
|
| |
|