CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 64|Reply: 0

[Sarawak] Curi gergaji besi, lelaki dipenjara empat bulan

[Copy link]
Post time 18-1-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Gara-gara mencuri sebilah gergaji besi, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 16 Disember lalu.

Mohamad Ali Sidek, 48, dari Jalan Pujut 9 Lutong di sini didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri sebilah gergaji besi milik syarikat Blessing Pu En Engineering Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 16 Disember lalu di kawasan letak kereta Pujut 7 di sini.

Hasil siasatan lanjut polis mendapati tertuduh yang menaiki sebuah basikal telah pergi ke kawasan letak kereta berkenaan.

Setiba di sana, dia ternampak sebuah jentera Skylift dan menyelongkarnya.

Tertuduh kemudian menjumpai sebilah gergaji besi dan mengambilnya.

Perbuatan tertuduh itu disedari oleh seorang pekerja syarikat berkenaan yang kemudian bertindak menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Semasa ditahan, polis turut merampas sebilah gergaji besi yang dicurinya dari jentera Skylift untuk dijadikan barang kes.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


utusanborneo.com.my/2022/01/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082507 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list