CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Sarawak] Semua lampu isyarat dinaik taraf kepada lampu isyarat pintar

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Berikutan kesesakan lalu lintas di negeri ini, Kementerian Pengangkutan merancang untuk menaik taraf semua lampu isyarat kepada lampu isyarat pintar bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Lee Kim Shin, lampu isyarat pintar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini akan dapat mengawal jumlah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.

“Misalnya di simpang, dari sebelah sini tiada kereta, sini banyak kereta, jadi kita bagi masa laluan ini lebih panjang.

“Jadi yang tiada kereta itu letak lampu merah manakala lampu hijau bagi yang banyak kereta. Ia akan berfungsi secara automatik yang mana ada sensor untuk mengawalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Sarawak sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Jalan Tun Jugah, hari ini.

Mengulas lanjut menjawab pertanyaan berhubung status pembangunan lampu isyarat bagi Projek Menaik Taraf Lima Bulatan di Sepanjang Jalan Expressway Samarahan, beliau berkata, projek tersebut masih dalam proses pembinaan.

“Itu sedang dijalankan, sedang dalam proses pembinaan. Saya belum dapat laporannya berapa peratus, nanti saya akan dapat laporannya,” jelasnya kepada pemberita.

Dalam pada itu beliau menambah, berlaku pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya memandangkan sektor ekonomi sudah beroperasi dan aktiviti ekonomi sudah semakin bertambah berikutan peralihan negeri ini ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jelas Kim Shin, apabila bilangan kenderaan atas jalan raya semakin bertambah, kemalangan juga akan bertambah sekiranya pemandu tidak memandu dengan cermat.

“Sebab itulah sebelum tahun baharu ini, semasa ini, kita mengingatkan para pengguna jalan raya untuk mengutamakan keselamatan,” katanya selain menjelaskan bilangan kenderaan atas jalan raya akan banyak bertambah disebabkan ramai yang akan pergi membeli-belah mahupun balik kampung ketika musim perayaan ini.


sarawakvoice.com/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.482686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list