Disahkan bebas kanser selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja.
Foto: IG
"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.
"Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.
"Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan," ujarnya kepada mStar.
lyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.
Namun, pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya.
Tambahnya, dia juga pernah berasa putus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan.
"Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan.
"erkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.
"ernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup," ujarnya.
Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali. -CARI
Post time 17-1-2022 06:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kuat sungguh semangat Elyana ni melawat sakit..11 tahun satu tempoh yg sngt panjang dn Alhmdulillah Allah bg dia suami yg sentiasa sabar dn setia dgn nya..Rezeki dia..
Moga terus kuat dn positif
Post time 18-1-2022 07:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kurusnya elyana... Dulu hengat sheolsss punya lama la cancer sampai dah stage 5, tapi terdetik kekadang nak kata propa, tapi kalau propa takkan la cengkung sampai tahap gitu kan... Mujur dah hilang dah cancer dia, semoga panjang umurnya dan diberikan kesihatan yang sihat sentiasa.
Alhamdulillah..semoga Elyana sentiasa diberi kesihatan..
You are indeed a survivor..
Dulu sheols dikecam sbb amik anak angkat despite ada kanser.. meols pun dulu xsetuju dgn keputusan sheols..alhamdulillah anak itu pun dh membesar dgn baik ..
Post time 18-1-2022 08:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
beta_carotene replied at 18-1-2022 08:36 AM
sheols banyak buat cover2 lagu kat sosmed kan? paling sedih meols rasa cover lagu sepi yuni shara. ...
Sayang la sheolls join GV time Queen2 masuk bertanding. Memang payah nak beat la kan.
Sedap jugak dia cover2 lagu orang. Hopefully lepas ni tak stop la.
somehow meols adore dgn cara dia handle kehidupan. Ikutkan sheols still muda baru 35 kan? tp yelah dh kerja dari form2. igt lagi lagu niat tu popular sekitar 2001/2002. dh lalui macam2 transisi dalam hidup. dulu rasa mcm nk terikut2 jer jd mcm dia yang carefree, stylo mylo, nak2 masa zaman tak tercapai akalmu dan dunia baru. Syukur she dah pulih sepenuhnya dan decide nak fokus dgn family ja. Good decision nana. Berhempas pulas dgn kerjaya dalam industri yang xstabil pun boleh buat kita depressed and myb bole triggered blk sel kanser tu kan?
Post time 18-1-2022 03:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Keputusan yg tepat. Cipta semula memori indah bersama keluarga. Tak perlu lg berkejaran ke sana sini sbb masa sakit pun suami blh sara keperluan sekeluarga.
Ai doakan yg Allah bahagiakan & beri yg terbaik buat dia sekeluarga