CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

Bandar paling panas di Australia

[Copy link]
Post time 17-1-2022 03:02 PM | Show all posts |Read mode

ONSLOW, Australia. IMEJ Google Maps

Canberra: Australia merekodkan suhu paling tinggi di satu bandar di persisir pantai di negara itu dengan kepanasan 50.7 darjah Celsius.

Suhu itu direkodkan di Onslow, barat negara itu, Khamis lalu, sekali gus menyamai dengan rekod suhu di selatan Australia pada 1962.

Biro Meteorologi mengesahkan, pada Khamis, Onslow merekodkan suhu itu pada 2.46 petang waktu tempatan.

Menurut media tempatan, purata suhu sepanjang tahun di Onslow adalah 36.5 darjah celsius.

Dua lagi bandar Mardie dan Roebourne pula melaporkan suhu melebihi 50 darjah Celsius, Khamis lalu.

Luke Huntington dari Biro Meteorologi berkata, pembentukan udara panas di negeri ini menyebabkan kurangnya ribut petir.

Katanya, orang ramai perlu mengambil langkah tambahan dengan terus berada di kawasan tertutup dan berhawa dingin.

Mereka perlu minum lebih banyak air sekiranya berada di kawasan terbuka selain berkaca mata.

Penduduk One Roeburn, Mark Barratt berkata, suhu yang terlampau tinggi itu menyebabkan pendingin hawa di pejabatnya rosak.

"Keadaan ini menyebabkan saya tertekan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.079585 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list