CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Sabah] Kereta terbabas, warga emas maut

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Tenom Sapong Tenom.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa yang berumur 88 tahun  itu disahkan meinggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 4 pagi hari ini melibatkan kereta mangsa yang terbabas ke tepi jalan.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian pada jarak enam kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lelaki terselamat selepas kenderaannya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter sebelum terbakar.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12 tengah malam hari ini di Jalan Bypass Bukit Bendera Beaufort.

Pasukan dari BBP Beaufort bertindak memadam kebakaran terbabit dan api berjaya dikawal pada jam 12.15 tengah malam seterusnya operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam.

Mangsa yang berumur 37 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list