View: 629|Reply: 6
|
Riena target untuk berlakon kat negara acik @Friska namun tehtapp sadar diri kerjaya dalam negara sendiri pon sendu jahh
[Copy link]
|
|
Tanah air sendiri pun kita boleh berjaya, tetapi… – Riena Diana
Lain pula pendapat pelakon dan penyampai radio, Riena Diana ini yang bersetuju apabila artis tempatan yang memahat nama di negara jiran boleh dianggap berjaya.
Bagaimanapun, pelakon drama Kampung People itu bukanlah menidakkan di Malaysia sendiri tidak boleh digelar berjaya.
Namun peluang untuk mengorak langkah lebih jauh di Indonesia lebih besar kerana ramai yang dapat melihat bakat seseorang artis tersebut.
“Saya setuju kerana saya juga mempunyai target untuk berlakon di sana kerana lagi ramai yang dapat melihat bakat kita.
“Jika hendak berkata mengenai ukuran berjaya itu semestinya di tanah air sendiri pun kita boleh berjaya juga. Ramai sahaja artis yang sudah berjaya di Malaysia ini.
“Tetapi, jika nak pergi ke satu peringkat lain, bagi pendapat saya sebaiknya cuba dahulu menempa nama di Indonesia bahkan di Singapura juga bagus sebenarnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Riena turut menyatakan artis yang sudah lama dalam industri tanah air tetapi masih tidak berpeluang menembusi pasaran Indonesia baginya bukan tidak berjaya.
Malah, dia menyifatkan mereka sudah pun mencapai era kejayaan kerana membuktikan kekal relevan walau sudah lama kerana mengakui agak susah untuk mencipta nama bahkan dikenali dalam negara sendiri.
“Bagi saya, bukanlah jika seseorang artis itu sudah ada dalam industri ini lama tetapi masih tidak memahat nama ke negara seberang dianggap tidak berjaya.
“Namun, mereka sendiri dah berjaya dalam industri kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk kita dikenali.
“Dalam Malaysia sendiri pun sukar, saya hendak pergi ke ‘next step’ pun masih rasa sukar lagi,” tuturnya panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa minachi ni? Iols kenal rina harun jer, itupun seblom potong usus |
|
|
|
|
|
|
|
Si lailer ni lepas berlakon kg people terus sendu.. Nasib ada rezki jd dj.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kupikir orang yang waterjet lantai sekolah tu nk berhijrah ke indo |
|
|
|
|
|
|
|
Riena ni one hit wonder je
Yg femes pun dlm kampung people je la
Drama lain biasa2 jah. Smpi aku pun x perasan ko belakon drama lain.
Jd DJ hot fm pun senduuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|