CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

Takhta Tik Tok

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Khaby Lame

London: Walaupun TikTok dilarang di Amerika Syarikat (AS), sejak September tahun lalu namun platform itu kekal digunakan di 150 negara dalam 75 bahasa berbeza.

Dengan kelebihannya memiliki pelbagai jenis kandungan termasuk video secara lip sync dan lakaran komedi ia memikat hati sesiapa sahaja terutama anak muda.

TikTok menjadi tempat sesuai video viral, menjangkau jutaan pengguna dan boleh membuat bintang hebat serta mudah meraih pengikut dalam tempoh singkat.

Tidak hairan platform itu menjadi pilihan ramai bintang terkenal seperti Charli D'amelio, Bella Poarch dan Addison Rae yang memiliki ratusan juta pengikut.

Berikut dikongsikan lima senarai teratas pemilik akaun paling banyak diikuti setakat Januari 2022.


1. Charli D'Amelio (132.7 juta pengikut)

Tidak menghairankan apabila dia menjadi individu paling ramai diikuti di TikTok kerana video koreografi tarian mencuri perhatian.

Selain memegang tempat teratas dalam senarai paling banyak diikuti sejak sekian lama, Charli juga menjadi orang pertama yang mencapai 10 bilion tanda suka di platform itu.

2. Khaby Lame (124.9 juta pengikut)

Antara wajah TikTok paling banyak diikuti dan terkenal, lelaki ini kini mengambil alih pengikut Addison Rae untuk merampas kedudukan nombor dua.

Lame yang menetap di Itali itu pantas menewaskan sambutan untuk video Dixie D'Amelio, TikTok, Zach King dan Bella Poarch.

3. Bella Poarch (87.0 juta pengikut)

Bella Poarch mengumpul ramai pengikut dengan begitu pantas apabila popular dalam tempoh masa kurang setahun.

Bintang Amerika-Filipina itu membuka akaun TikTok pada April 2020, dan kini meraih lebih 85 juta pengikut dalam setahun.


4. Addison Rae (86.1 juta pengikut)

Jika ada satu nama hampir sama sinonim dengan kemasyhuran TikTok seperti Charli D'Amelio, dia ialah Addison Rae.

Dilaporkan dia memperoleh AS$5 juta (RM20.87 juta) setahun daripada TikTok, malah lebih daripada D'Amelio.

5. Zach King (66.6 juta pengikut)

King berjaya mengumpul pengikut melebihi 65 juta, walaupun jumlahnya agak jauh berbanding pesaingnya dalam senarai akaun paling TikTok paling popular.

Pada awalnya, dia menempa populariti menerusi aplikasi Vine yang kini tidak berfungsi, tetapi dia dapat mengalihkan pengikutnya ke platform baharu dengan agak baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list