CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3116|Reply: 51

[Tempatan] Update: Phone conversation Rohana - PM #43 Menteri Dalam Negeri ikut tersentuh hati - Perdana Menteri telpon Rohana (Laoshi) bantu dapatkan warganegara Malaysia

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 16-1-2022 11:56 PM



Terkejut terima panggilan PM
Januari 15, 2022 @ 8:57pm

Kuala Lumpur: "Saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

"Macam tak percaya orang yang bercakap dengan saya itu adalah pemimpin negara yang bertanyakan mengenai kisah yang tersiar di Harian Metro," kata Rohana Abdullah.

Gadis berusia 22 tahun itu berkata, dia menerima panggilan mengatakan Perdana Menteri ingin bercakap sendiri dengannya.

Katanya, Perdana Menteri bertanyakan mengenai kisah hidupnya dan dia berkongsi kisahnya seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.

"Dalam perbualan selama kira-kira enam minit itu, beliau turut bertanyakan keadaan ibu angkat saya (Chee Hoi Lan).

"Saya memang tak sangka kisah ini mendapat perhatian PM (Perdana Menteri). Saya tidak dimaklumkan pun PM nak call (hubungi). Memang tak percaya.

"PM juga kata dia akan cuba bantu dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil keterangan Laoshi (panggilan untuk Hoi Lan) dalam masa terdekat juga," katanya.

Kisah Rohana dan Hoi Lan yang disiarkan akhbar ini semalam mendapat reaksi pelbagai pihak kerana walaupun berbeza agama, wanita warga emas itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi.

Malah, dia sanggup mengeluarkan wang belanja untuk menghantar Rohana ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) selain makan makanan halal sepanjang tinggal bersamanya.

Warga emas itu berharap Rohana mendapat taraf kewarganegaraan dan mempunyai kad pengenalan bagi memudahkan masa depannya kelak.

Ia membangkitkan rasa kagum banyak pihak yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 08:20 PM | Show all posts


Hamzah tersentuh kisah Rohana, arah pegawai siasat
Diterbitkan:  Jan 16, 2022 11:06 AM

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin telah meminta pegawainya untuk menyiasat kes Rohana Abdullah, yang ditinggalkan ketika berusia dua bulan di sebuah tadika 22 tahun lalu, selepas ibunya pulang ke Indonesia.

Rohana dibesarkan guru tadika Chee Hoi Lan mengikut cara hidup Islam. Namun sehingga kini, dia belum memperoleh dokumen untuk mengesahkan taraf kewarganeraaan yang dimohonnya.

“Saya berasa tersentuh apabila dimaklumkan berhubung perkara ini pada minggu lalu dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ringkas di Facebook pagi ini.

Chee yang kini berusia 83 tahun menjadi guru di tadika tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Wanita warga Indonesia itu dilaporkan berkahwin dengan lelaki tempatan yang dikatakan menghilangkan diri tidak lama selepas kelahiran Rohana pada 1999.

Ibunya kemudian meninggalkannya di tadika itu dan sejak itu dia dibesarkan oleh Chee.

Menurut laporan Harian Metro, Chee berkata dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana seperti menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa), mempelajari perkara asas Islam dan memastikan makanannya halal serta melakukan ibadat sebagai seorang Islam.

Chee, yang tidak berkahwin, meluahkan rasa kasihnya terhadap Rohana dan lega kerana dapat membesarkan Rohana sebagai seorang Islam, namun dia berharap dapat melihat Rohana berkahwin sebelum ajalnya.

Bagaimanapun, ekoran situasi dirinya, Rohana berdepan masalah mendapatkan status kewarganegaraan.

Dia telah memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 11:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 09:36 AM | Show all posts
"Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
Faris Danial Razi
Januari 16, 2022 21:40 MYT

KUALA LUMPUR: Kisah gadis berbangsa Melayu yang dijaga seperti anak sendiri oleh wanita warga emas berbangsa Cina sejak berusia dua bulan, berjaya mendapat perhatian Perdana Menteri.

Rohana Abdullah, 22 tahun menerima panggilan daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ingin menawarkan bantuan mendapatkan kerakyatan dan mengambil keterangan daripada ibu angkatnya, Chee Hoi Lan.

Ismail Sabri menerusi perkongsian video Instagram yang dimuat naik oleh pegawai medianya berkata, beliau akan menghubungi Pejabat Pendaftaran pada Isnin bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Rohana.

PM: “Hari Isnin nantilah, saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran, selepas itu kalau ada apa-apa nanti, pegawai saya akan hubungi awak.”

Rohana: “Harapnya Datuk Seri bolehlah tolong saya.”

PM: “Insya-Allah, ini yang saya telefon ini. Nak tolonglah ni.”

Rohana: “Minta tolong sangat-sangat.”

PM: “Saya pun baca dalam surat khabar juga, selepas itu saya minta pegawai saya carikan penyelesaiannya.”

Rohana: “Terima kasih sangat-sangat kerana menghubungi saya.”

PM: “Insya-Allah, nanti kalau ada apa-apa perkembangan, pegawai saya akan hubungi ya.”

Rohana: “Okay boleh, terima kasih.”

Kisah Rohana dan Hoi Lan sebelum ini tular di media sosial kerana walaupun berbeza agama, wanita berusia 83 tahun itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi.

Malah, Hoi Lan juga yang telah menyara segala keperluan Rohana termasuk mengeluarkan wang belanja untuk menghantar Rohana ke Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) selain menyediakan makanan halal sepanjang tinggal bersamanya.

Warga emas itu berharap Rohana mendapat taraf kewarganegaraan dan mempunyai kad pengenalan bagi memudahkan masa depannya kelak.

Ia memberi pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim berkata, setakat ini pihaknya juga menerima maklum balas daripada agensi berkaitan berhubung isu ini.

"Insya-Allah kita doakan ada pengakhiran baik. Terima kasih kepada mereka yang bertanyakan isu ini," katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 12:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni warganegara mana?
Bugis?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik nya aunty Chee Hoi Lai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kagum teramat sangat dengan cikgu tu macam mana dia boleh bela anak yang bukan anaknya lepastu dapat didik dengan penuh agama yang bukan agama dia sendiri, sedangkan ada yang lahir di dalam keluarga muslim pun masih tak cukup didikan agama lagi2 yang suka cantas2 pokok tu

Harap2 di permudahkanlah urusan adik rohana tu, tengok cara dia bercakap dan hidup pun dah memang hampir 90% dia mengikuti budaya bumiputera. Dia bukan lagi orang asing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-1-2022 03:10 AM
Kagum teramat sangat dengan cikgu tu macam mana dia boleh bela anak yang bukan anaknya lepastu dapat ...


Orang baik2 pelihara walau keturunan kapir, baiklah kejadiannya.

Manusia gagal pelihara anak, jadilah anak tu beruk macam Stinkngok dan pencuri tabung masjid walau Isle berketurunan2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya adik ini. Dia suka belajar tp tak boleh pergi sekolah kerajaan. Nk gi private tak mampu. Last2 amik tuisyen sendiri utk duduk SPM sbgi private student. Mesti dia teringin nk masuk uni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Laoshi, wo shi wo ai ni cong ceng cong ceng cong ceng
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 09:24 AM
Orang baik2 pelihara walau keturunan kapir, baiklah kejadiannya.

Manusia gagal pelihara anak, jad ...

Nanti adalah lobais berharap nak jadikan auntie ni macam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kena siasat dlu. ade kes sebelum ni kata miskin sebab x mmpu buat surat beranak. sekali siasat lahir kt luar negara. di bawak kr  malaysia masih bayi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu nak cakap, bapak dia tak layak jd bapak. Menjawab lah kau kat akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2022 10:48 AM
Nanti adalah lobais berharap nak jadikan auntie ni macam dia.

Dah hada doa sebegitu di tered lagi satu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So ni ank luar nikah ke cmne..

Asal lahir terus dpt kerakyatan?

Mudah sgt mesia ni bg ic ek..

Patutla berlumba semua nk duduk msia ni..
Yang baik hati tu org msia
Bukan rakyat pon sanggup dibela
Mak sendiri pon campak anak darah daging sendiri
Now dpt perhatian PM
Dh dpt keje pon Masih nk demand mcm2
Sorry la kaka rasa xwajar
Ramai lg rakyat msia sendiri xdibantu oleh PM
Senang betul hidup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tong tong tong chang, tong tong tong chang, toceng toceng toceng lian jiao
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat..PM pun ada masa call dia . menteri KDN sibuk buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 16-1-2022 05:36 PM
So ni ank luar nikah ke cmne..

Asal lahir terus dpt kerakyatan?

Sb tu..la segala bagai bangla,rohingya,indon,pilak mai Msia...segalanya DIPERMUDAHKAN ..ujung2  bila jd cam rohingya long tiger..menyumpah seranah gak mereka.Memang nmpk senang DIPERBODOHKAN sistem kat Msia ni...di mata warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung jadi jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 16-1-2022 05:36 PM
So ni ank luar nikah ke cmne..

Asal lahir terus dpt kerakyatan?

Kan..aku pun rasa tak patut  sgt..tp nk buat mcm mana pak ngahcow sampai turum padang nk bg taraf kerakyatan kat budak ni...tak de koje ke oiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiya nabeh lah, cikalaho tong chang tong chang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tgk klip video tu ..paknya ic Malaysia..harap gomen amik tindakan lanjut kt bapaknya sbb anak yg tanggung masalah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.113595 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list