CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Anak sanggup curi RM3,000 wang tabung ibu untuk beli dadah

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:28 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri wang tabung simpanan milik ibunya berjumlah RM3,000, awal Januari lalu.

Ramzi, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anuar.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini, dan jika gagal membayar denda akan dipenjara selama 10 bulan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan tersebut di kediaman mereka sekitar jam 6.00 pagi, 7 Januari lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, ibu tertuduh mendapati wang tabung berjumlah kira-kira RM3,000 yang disimpan di dalam almari telah dicuri oleh tertuduh.

Dia yang tidak tahan melihat sikap anaknya yang sering mencuri dan menganggu barang-barang di rumah, membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tertuduh sering mencuri untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


sarawakvoice.com/2022/01/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.075329 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list