CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 2

[Sarawak] 152 mangsa kebakaran ditempatkan di dua PPS

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode


PPS: Sebahagian mangsa kebakaran ya g ditempatkan di PPS Dewan Kibouvong Penampang.

KOTA KINABALU: Seramai 152 mangsa kebakaran kini ditempatkan di dua Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyatakan kesemua mangsa terdiri daripada 39 keluarga di daerah Tawau dan Penampang.

“109 mangsa daripada 28 keluarga yang juga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Buaya Batu 3 Jalan Apas Tawau ditempatkan di PPS Balai Raya Masjid Abdul Rahman sejak 9 Januari lalu.

“Bagi 43 lagi mangsa kebakaran di Kampung Suok Batu Jalan Cyber City turut ditempatkan di Dewan Kibouvong Penampang sejak 13 Januari,” katanya.

Sementara itu Pusat Khidmat Penampang dan Moyog dalam laman sosial rasminya menyatakan Pejabat Kebajikan Daerah Penampang akan menyediakan makanan kepada semua mangsa selama tiga hari.

Katanya kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit juga akan diberikan peralatan dapur untuk memasak sepanjang ditempatkan di dewan tersebut.

Mana-mana pihak dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan ikhlas kepada mangsa kebakaran dan sebarang pertanyaan atau tindakan lanjut boleh berhubung terus dengan Pejabat Kebajikan Daerah Penampang.


utusanborneo.com.my/2022/01/14

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 09:29 PM | Show all posts
harap mereka tabah...sedih kan 40 biji rumah...byk tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 10:26 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 14-1-2022 01:29 PM
harap mereka tabah...sedih kan 40 biji rumah...byk tu...

semoga dorang tabah

awal tahun ni byk berita banjir, kebakaran, lemas
masa pkp hari tu tak ada sangat berita2 mcm ni
yang ada pun langgar sop
kena kompaun tak pakai pelitup muka. merentas daerah..
rasanya aman lagi time pkp kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.185826 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list