CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 94|Reply: 1

[Sarawak] Elak tin, penunggang temui ajal dalam nahas jalan raya

[Copy link]
Post time 14-1-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode


Motosikal mangsa yang ditunggangnya semasa kejadian berlaku.

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas disyaki cuba mengelak tin di Jalan Persisiran Pantai berhampiran Jambatan Sepupok, Niah, dekat sini, petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata polis baharu menerima laporan kejadian sekitar jam 9.37 pagi Jumaat.

Menurutnya, kemalangan maut yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan mangsa dikenali sebagai Ali Taha, 49, dari Kampung Pujut Tanjung Batu.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang mangsa datang dari arah Jalan Sepupok Niah menghala ke Miri disyaki mengelak tin di atas jalan lalu terbabas dan terjatuh dari motosikal.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Sepupok dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan klinik tersebut," katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Alexson berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

"Motosikal mangsa pula dibawa ke Miri oleh pihak keluarganya dan dibawa ke Balai Polis Trafik.

"Kemalangan jalan raya ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/14
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:08 PM | Show all posts
tin ada byk jenis..nie mesti tin biskut 4 segi tu...

btw takziah diucapkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.203794 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list