CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 5

Dah Setahun Kahwin, Elizabeth Tan Tetap Nak Buat Majlis Resepsi

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Elizabeth Tan, 29, nekad untuk melangsungkan resepsi perkahwinan pada Februari depan.


Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock itu, majlis yang bakal dilangsungkan dalam minggu kedua bulan tersebut akan diraikan dalam skala kecil sahaja.




Foto: IG




“Walaupun hampir setahun perkahwinan saya tetap mahu mengadakan resepsi kahwin. Sebelum ini susah sebab kebanyakan restoran tak buka.


“Ikut kapasiti lebih 200 orang tetapi sekarang terhad untuk 100 sahaja. Perkahwinan dan resepsi ini hanya sekali sahaja.


“Jadi saya nak rasa pengalaman itu. Tak kisahlah walaupun dalam kapasiti kecil,” ujarnya teruja.




  



Elizabeth atau lebih senang disapa Lizzy berkongsi perihal persediaan majlis perkahwinan ketika ditemui pada sidang media Ex Aku Pontianak baru-baru ini.


Untuk rekod, Lizzy dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga sekitar awal tahun lalu secara rahsia.




  



Mengulas mengenai pembabitan dalam drama bersiri terbaharunya itu sebagai Bella, akuinya dia seorang yang penakut dengan genre seram.


“Saya sebenarnya seorang yang penakut dan memang tidak pernah pun tonton cerita hantu.


“Saya cuma bayangkan sahaja dan saya tanya dengan krew serta orang sekeliling sama ada karakter pontianak itu menjadi atau tidak.


  



  



“Cakap pasal rujukan ini, hanya menerusi pengalaman berlakon dalam filem Misteri Dilaila. Nampaknya penonton terima, jadi saya cuba bawa aura itu,” katanya.


Saksikan lakonan Lizzy dan barisan artis lain seperti Ikmal Amry, Alicia Amin, Raysha Rizrose serta ramai lagi bermula 19 Januari 2022, 10 episod pada setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) termasuk di penstriman digital Astro GO dan On Demand. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 11:44 PM | Show all posts
Mesti lawa lizzy kalau pakai princess ball gown
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 01:37 AM | Show all posts
ye la dek.. skrg ni ramai je pengantin basi yang baru nak buat resepsi.. ada kawan ai pun camtu.. kawen tahun lepas kenduri baru nak buat tahun ni .. dah pkp apa nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:07 AM | Show all posts
ingat tak awal2 dulu lizzy viral nyanyi lagu raya ke apa tah pakai baju kurung main piano kan kan kan??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 28-1-2022 11:44 PM
Mesti lawa lizzy kalau pakai princess ball gown

Tak ada seurat benang atas tubuhnya pun  lagi gorgeous...

Putih woooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 29-1-2022 01:37 AM
ye la dek.. skrg ni ramai je pengantin basi yang baru nak buat resepsi.. ada kawan ai pun camtu.. ka ...

I guess It's a norm utk kaum tionghua ni nikah dulu resepsi setahun kemudian.....unlike our people.....tahula org kita, kalau buat setahun kendian khuatir kalau dah memboyot nanti dah tak kiut la sanding atas pelamin utk tatapan tamu kheunz?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068484 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list