View: 567|Reply: 3
|
Lagi Lelaki Mati Dalam Lokap, Kali Ini Di Taiping
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hari ini mengesahkan kematian orang kena tuduh (OKT) dalam tahanan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun.
Gambar Hiasan
“Lelaki itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dituduh 18 April lalu di bawah Seksyen 379 (a) dan 324 Kanun Keseksaan.
“OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping sementara menanti sebutan seterusnya esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Mai kita tengok wayang gambaq lepaih ni sapa hat kena |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia ni boleh mati kat mana2 kecuali semasa dlm kawalan polis.....mungkin patut dah pasang cctv kat segala ceruk bangunan polis dan penjara..senang nak jawab..pasang bodycam sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
ada enjet booster tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|