CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

Polis dibuang kerja kerana Pokemon Go

[Copy link]
Post time 13-1-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Los Angeles: Dua pegawai polis Amerika Syarikat (AS) dipecat kerana pergi 'memburu' Pokemon ketika bertugas dan bukannya menyelesaikan kes rompakan seperti yang sepatutnya.

Ia berdasarkan dokumen pemecatan kerja kedua-dua lelaki berkenaan, yang diterbitkan pada minggu lalu

Louis Lozano dan Eric Mitchell didakwa memandu bagi 'memburu' Snorlax dan Togetic iaitu dua karakter dalam siri Pokemon menerusi telefon pintar.

Rakaman perbualan dalam kereta mendedahkan bahawa mereka mendengar panggilan untuk mendapatkan bantuan di gedung beli-belah Los Angeles.

Tetapi, mereka sebaliknya terus memandu dan tidak mengendahkan panggilan berkenaan.

"Pegawai Mitchell memaklumkan Lozano bahawa Snorlax, baru muncul.

"Kira-kira 20 minit berikutnya, (rakaman) mereka bercakap perihal Pokemon ketika memandu ke lokasi berbeza di mana makhluk maya itu nampaknya muncul di telefon bimbit mereka," katanya

Pegawai polis Los Angeles itu berjaya 'menangkap' Snorlax dan kemudian mengalihkan perhatian mereka kepada Togetic, satu lagi karakter dalam Pokemon yang terbukti agak sukar untuk ditangkap.

Susulan kejadian, kedua-dua lelaki itu didakwa atas pelbagai pertuduhan salah laku, dan mengaku gagal menjawab panggilan kecemasan berhubung rompakan dalam kejadian pada April 2017.

Namun, mereka menafikan bermain Pokemon Go.

Kedua-dua pegawai itu menegaskan dalam perbicaraan tatatertib bahawa mereka hanya berbual mengenai permainan itu dan membantah keputusan hakim.

Mahkamah Rayuan California bagaimanapun tidak mempercayai penjelasan mereka dan mengekalkan keputusan untuk memecat mereka, baru-baru ini.

Pokemon Go mendapat perhatian pada pertengahan 2010 dengan jutaan pengguna di seluruh dunia yang khayal dengan telefon pintar mereka kerana mahu menangkap karakter dalam permainan itu.

Bagaimanapun, permainan itu yang amat popular pada satu ketika turut mencetuskan kontroversi kerana didakwa menyebabkan kemalangan jalan raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.205456 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list