CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 100|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan NGO terima geran MRP

[Copy link]
Post time 12-1-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) jumlah keseluruhan sebanyak RM220,000.

Simbolik penyerahan geran telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di Wisma Sumber Alam pada Rabu.

Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II, beliau menerima peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memandangkan masih banyak pemohonan diterima.

“Yang Amat Berhomat Ketua Menteri memberi peruntukan tambahan kepada saya dan sepatutnya geran ini dilepaskan tahun lepas.

“Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial dan juga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli mereka,” jelasnya.

Antara persatuan dan NGO yang menerima geran tersebut adalah Kelab Sukan dan Rekreasi MINTRED; Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi MUDeNR; Kelab Sosial dan Sukan, Jabatan Tanah dan Survei; Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian; Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching; Persatuan Taekwando Negeri Sarawak; Kelab JPJ Kuching dan Samarahan (KUSMA); Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Surau An-Nur JPJ Negeri Sarawak.


sarawakvoice.com/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.087771 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list