CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 3

Quebec kenakan cukai bagi penduduk yang tidak divaksin

[Copy link]
Post time 12-1-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Quebec kenakan cukai bagi penduduk yang tidak divaksin

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... serangan-jantung-2/

Oleh KOSMO!
12 Januari 2022, 3:37 pm


SEORANG kanak-kanak menerima suntikan vaksinasi Covid-19 di di Montreal pada 24 November 2021. – AFP

BANDAR QUEBEC, KANADA – Wilayah Quebec di Kanada akan mengenakan cukai kesihatan ke atas penduduk yang tidak mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Wilayah itu kini sedang bergelut dengan peningkatan dalam kes Covid-19, yang mencatatkan angka kematian tertinggi di Kanada.

Susulan itu, Ketua Menteri Francois Legault, mengumumkan bahawa individu yang belum menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 perlu membayar ‘sumbangan’ kepada wilayah tersebut.

“Jumlah cukai tersebut masih belum diputuskan, namun ia berkemungkinan satu nilai yang tinggi.

“Bagi saya, pada masa ini, persoalannya adalah mengenai keadilan terhadap 90 peratus populasi wilayah ini yang telah melaksanakan tanggungjawab divaksin,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Menurut data, hanya kira-kira 12.8 peratus penduduk Quebec tidak menerima vaksinasi Covid-19, namun kadar itu menyumbang kepada hampir separuh daripada kes-kes di hospital.

Setakat 1 Januari lalu, lebih 85 peratus populasi wilayah tersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hukuman negara lain, malaysia jer hukum manja2, tak bg masuk dining

Hidup lagi ke acik @blastoff
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:51 PM | Show all posts
Lain negara lain peraturannya tak boleh suka2 nak bandingkan negara orang dengan negara sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 06:47 PM | Show all posts

Penduduk Quebec Yang Tidak Divaksin Wajib Bayar Cukai!

Quebec, Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mengambil vaksin Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang.

Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan di wilayah tersebut yang kini sedang bergelut dengan penularan varian baru virus berkenaan.


kredit foto: Guardian



Kata Ketua Menteri, keputusan itu dibuat kerana golongan yang tidak mendapatkan suntikan vaksin sebenarnya menjadi satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di Quebec.



Dianggarkan seramai 10 peratus penduduk di Quebec belum mengambil vaksin dan mereka tidak sepatutnya membahayakan kesihatan 90 peratus yang sudah menerima dos vaksin Covid-19.


kredit foto: CTV News



Bagaimanapun, mereka yang tidak mengambil vaksin atas faktor perubatan akan dikecualikan daripada cukai baharu itu. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.597698 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list