CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 100|Reply: 0

[Sabah] Satu kluster di Kinabatangan, 280 kes baharu

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:46 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sungai Trayon di Kinabatangan membabitkan pekerja ladang kelapa sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan juga menyebabkan jumlah kes COVID-19 melonjak tinggi di Kinabatangan.

Katanya, Kluster Sungai Trayon membabitkan kes indeks seorang pekerja asing yang merekodkan sebanyak 25 kes positif baharu.

"Saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi dijangkiti COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kes harian bertambah 27 kes kepada 280 kes baharu berbanding 253 kes semalam.

Masidi berkata, beberapa daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi, antaranya Ranau yang merekodkan 33 kes baharu, Papar 20 kes dan Kinabatangan daripada satu kes kepada 26 kes.

"Tuaran mencatatkan jumlah penurunan kes terbesar sebanyak 18 kes, daripada 29 kes kepada 11 kes sahaja.

"Perubahan 'turun naik' kes harian di daerah-daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal dan empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

"Daripada 280 kes baharu, 276 kes dalam kategori satu dan dua, manakala satu kes dalam kategori tiga, dua kes dalam kategori empat dan tidak ada kes baharu dalam kategori lima. Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.120450 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list