CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Budaya] ...Lets go Turkiye...

[Copy link]
Post time 6-2-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2023 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 6-2-2023 09:53 PM

tak nampak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2023 07:03 AM | Show all posts
farhana008 replied at 6-2-2023 09:51 PM
Salam takziah kepada mangsa gempa bumi.magnitude 7.2 skala richter.macam padang perang

Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Turkiye, angka korban meningkat lebih 1,400


Penyelamat membawa mangsa yang selamat susulan gempa bumi di Malatya, Turkey. - Foto REUTERS


PUTRAJAYA: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.







"Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi itu," menurut kenyataan itu.


Penyelamat membawa mangsa yang selamat susulan gempa bumi di Malatya, Turkey. - Foto REUTERS


Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwankara@kln.gov.my.Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwistanbul@kln.gov.my.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 4.17 pagi Isnin.







Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.

Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa.



Anggota Jabatan Pertahanan Syria menilai kesan gempa bumi di wilayah Idlib, Syria. - AFP







Sementara itu laporan terkini dari Istanbul menyebut, angka korban gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud, awal pagi tadi, kini meningkat kepada lebih 500 mangsa di Turkiye dan Syria, namun dipercayai ramai lagi masih terperangkap bawah runtuhan akibat tragedi itu.

Kejadian yang berlaku ketika rata-rata penduduk sedang tidur itu turut meranapkan banyak bangunan, manakala gegaran dapat dirasai hingga sejauh Cyprus dan Mesir.

Gempa bumi antara yang terbesar melanda Turkiye dalam tempoh sekurang-kurang satu abad itu juga memusnahkan keseluruhan bahagian bandar-bandar utama yang dihuni jutaan penduduk.

Ketua Pusat Gempa Bumi Nasional Syria, Raed Ahmed, memberitahu radio prokerajaan bahawa 'ia adalah gempa bumi terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pusat itu.'

Sekurang-kurang 245 dilaporkan maut di kawasan terletak bawah kawalan kerajaan Syria, selain mangsa terkorban di bahagian utara yang dikuasai kumpulan pro-Turkiye, menurut Kementerian Kesihatan dan sebuah hospital tempatan.

Di Turkiye pula, Naib Presidennya, Fuat Oktay memaklumkan sekurang-kurang 284 maut, manakala lebih 2,300 mengalami kecederaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat diteruskan di beberapa bandar utama. Namun, usaha itu berdepan cabaran cuaca buruk musim sejuk dengan ribut salji yang melitupi jalan-jalan utama.

Rakaman disiarkan televisyen menunjukkan penduduk Turkiye yang kelihatan terkejut dan trauma dengan insiden itu, berdiri dalam salji menyaksikan anggota SAR bertungkus lumus melakukan kerja-kerja menyelamat.

Selain itu, rakaman disiarkan televisyen Turkiye turut memaparkan anggota SAR menggali runtuhan bangunan di bandar Kahramanmaras serta Gaziantep di mana keseluruhan bahagian bandar terbabit dilihat musnah.







Gempa bumi itu melanda pada jam 4.17 pagi waktu tempatan pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer berhampiran bandar Gaziantep yang dihuni kira-kira dua juta penduduk di Turkiye, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat perkhidmatan kecemasan Turkiye, AFAD melaporkan gempa pertama dicatat pada 7.4 magnitud dan diikuti lebih 40 gempa susulan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menzahirkan perasaan simpati dan ucapan takziah.

"Diharap kita akan dapat melepasi bencana ini bersama-sama dan ia berakhir secepat mungkin dengan kemusnahan paling sedikit," katanya dalam ciapan.

Penasihat Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan, berkata Washington amat prihatin dan bersedia untuk memberi sebarang bantuan diperlukan susulan kejadian itu. - AFP


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -bumi-turkiye-angka




Share
Tweet
Share
Share
Share


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 05:58 PM | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2023 07:03 AM
Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Turkiye, angka korban meningkat lebih 1,400

tempat gempa bumi ni lah antara tempat yang saya ingin pergi tapi belum kesampian. sanliurfa dan gaziantep.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2023 06:39 PM | Show all posts
farhana008 replied at 12-2-2023 04:58 PM
tempat gempa bumi ni lah antara tempat yang saya ingin pergi tapi belum kesampian. sanliurfa dan g ...

Liza Hanim mengenang momen menjejakkan kaki ke salah satu bandar di bumi Turkiye yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud.




IG




Turut bersimpati dengan kejadian itu, Liza memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia dan suami berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut.


Dalam pada itu, Liza turut menitipkan doa buat semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah yang terbabit.








Terdahulu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 07:15 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2023 06:39 PM
Liza Hanim mengenang momen menjejakkan kaki ke salah satu bandar di bumi Turkiye yang dilanda gemp ...

PMX balik dari turkiye terus ke sidang parlimen. anjing denti dan franki pun ada kat sana untuk operasi SAR.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2023 09:49 PM | Show all posts
farhana008 replied at 16-2-2023 06:15 PM
PMX balik dari turkiye terus ke sidang parlimen. anjing denti dan franki pun ada kat sana untuk op ...

30,000++ terkorban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2023 06:33 PM | Show all posts
farhana008 replied at 16-2-2023 06:15 PM
PMX balik dari turkiye terus ke sidang parlimen. anjing denti dan franki pun ada kat sana untuk op ...

Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah

https://www.utusan.com.my/luar-n ... ye-enggan-berpisah/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
18 Februari 2023, 4:30 pm



ANKARA: Seekor kucing comel yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di Turkiye, dilaporkan enggan berpisah dengan anggota bomba yang menyelamatkannya.

Lapor portal Fox5, haiwan peliharaan itu diselamatkan oleh pasukan anggota bomba Mardin ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep.

Malah, kucing itu enggan meninggalkan anggota bomba, Ali Cakas yang menyelamatkannya.

Menurut Cakas, dia menamakan kucing itu sebagai `Enkaz’ yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turki.

Katanya, dia memberi nama demikian sempena kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud menggegarkan beberapa kawasan di Turkiye dan Syria pada awal bulan ini.

“Sekiranya, kami tidak dapat mencari pemilik kucing ini maka saya mahu membawa bersama saya,” katanya.

Dilaporkan, kucing itu diselamatkan selepas 129 jam gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2023 07:15 PM | Show all posts

aftermath macam medan perang
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 07:16 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2023 06:39 PM
Liza Hanim mengenang momen menjejakkan kaki ke salah satu bandar di bumi Turkiye yang dilanda gemp ...

masa remaja dulu pernah hantar kad raya pada liza hanim. dia balas tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2023 07:18 PM | Show all posts
farhana008 replied at 26-2-2023 06:15 PM
aftermath macam medan perang

Exkolig sekeluarga 15 org nak pergi sana Mac ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2023 07:19 PM | Show all posts
farhana008 replied at 26-2-2023 06:16 PM
masa remaja dulu pernah hantar kad raya pada liza hanim. dia balas tau

Pernah hantar Mokhtar Dahari...dpt gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2023 12:55 PM | Show all posts
Penduduk Istanbul, Turkiye juga mengamalkan tradisi umat Islam di negara lain yang akan menggunakan paluan gendang untuk mengejutan mereka bersahur pada bulan Ramadan.


Tradisi itu tidak lapuk ditelan zaman, biar pun generasi hari ini dilengkapi kecanggihan teknologi seperti kemunculan telefon pintar yang dijadikan sebagai penggera atau jam loceng.




Twitter




Sempena Ramadan kali ini, 3,400 pemukul gendang terdiri daripada individu pelbagai peringkat umur ditugaskan bagi mengejutkan orang ramai di 963 kawasan kejiranan di seluruh Istanbul.


Pengerusi Kejiranan Istanbul, Selami Aykut berkata, tradisi itu telah bermula sejak era pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.


Lebih menarik, tugas pemukul gendang adalah diwarisi sejak turut-temurun daripada ahli keluarga terdahulu.


"Kesemua 3,400 pemukul gendang ini bukan tangkap muat sebaliknya mereka telah terlibat sejak bertahun-tahun. Ada pemukul gendang yang mewarisi tugas itu daripada bapa dan datuk mereka.


"Anak kecil atau remaja pula bukan pemukul gendang sembarangan kerana mereka perlu menjalani ujian dan lulus sebelum diberikan kad khas 'pemukul gendang Ramadan' bagi membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti ini selama sebulan," katanya.


Tambahnya, selain memukul gendang dan melaungkan perkataan sahur berulang kali, petugas atau pemukul gendang juga akan membaca puisi pendek sebelum meneruskan perjalanan ke rumah-rumah lain.




Sumber: Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.145884 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list