CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sarawak] Tiga pusat judi tumpas selepas tiga hingga enam bulan beroperasi

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 12:42 PM



Ahsmon semasa sidang media berkenaan tangkapan dan serbuan pusat judi dalam talian, hari ini.

KUCHING: Tiga premis yang menjalankan operasi dan pengurusan judi dalam talian tumpas menerusi tiga serbuan Op Dadu Khas yang dijalankan secara berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, 22 individu termasuk 17 warga asing ditangkap dalam operasi itu yang dilaksanakan pada 4 hingga 9 Januari lalu.

Menurutnya, tujuh individu berusia 20 hingga 30 tahun ditangkap dalam serbuan pertama di sebuah kediaman jenis berkembar kawasan Tabuan Tranquility.

"Daripada jumlah tangkapan itu, empat individu merupakan warga tempa
tan manakala tiga warga asing," katanya semasa sidang media berkenaan tangkapan dan serbuan pusat judi dalam talian, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata serbuan kedua pula dilakukan pada 7 Januari lalu membawa kepada penangkapan lapan individu warga asing termasuk seorang wanita.  

Manakala, serbuan ketiga pula katanya berjaya menangkap enam individu lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan yang ketika itu berada di sebuah flat di Jalan Stutong pada 9 Januari.

Menurutnya, ketiga-tiga premis judi dalam talian itu telah beroperasi sejak tiga hingga enam bulan lalu dan berjaya mengaut keuntungan menerusi kegiatan tersebut sebanyak RM810,000.

"Dalam operasi itu juga, polis berjaya merampas pelbagai barangan digunakan untuk berjudi seperti monitor komputer, modem dan peralatan lain yang digunakan untuk perjudian dalam talian," jelas Ahsmon.

Sementara itu, tegasnya kesemua suspek bagaimanapun ditahan untuk tindakan selanjutnya.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) sekiranya disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hukuman penjara tidak lebih lima tahun.

"Selain itu, hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya lagi.

Ujarnya, Op Dadu Khas ini akan diteruskan dan diperhebatkan bagi membanteras perjudian haram yang boleh merugikan ekonomi dalam aspek lesen dan cukai.

"Tindakan memotong bekalan elektrik turut dilaksanakan serta merta seperti mana peruntukan undang-undang Seksyen 21A ARJT 1953.

Di samping itu, ketika ditanya mengenai isu penjualan sijil vaksin kepada golongan antivaksin seperti yang berlaku di Semenanjung, Ahsmon mendedahkan pihaknya setakat ini khasnya di Kuching tidak menerima sebarang laporan berkenaan.



utusanborneo.com.my/2022/01/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.098233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list