CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Sarawak] Kanak-kanak 5-11 tahun akan terima vaksin melalui PICK

[Copy link]
Post time 8-1-2022 10:05 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak semakin hampir untuk melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kata Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar).

Menurutnya, kumpulan umur berkenaan akan dimasukkan ke dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi membolehkan mereka menerima vaksin tersebut.

“Ia (penting) memandangkan lonjakan varian Omicron dan sekolah dibuka semula selepas kita memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook beliau di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kelulusan pendaftaran bersyarat Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap penggunaan suntikan Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak di bawah kumpulan umur tersebut.

Sehubungan itu, Dr Sim berkata, kerajaan Sarawak akan terus bekerjasama rapat dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya negeri ini dapat melancarkan program itu secepat mungkin.

“Berkat semangat solidariti Sarawak, kita adalah yang terpantas dan antara yang tertinggi dalam pemberian dos satu dan dua untuk kumpulan dewasa dan mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun serta pemberian dos penggalak untuk kumpulan dewasa di bawah PICK di Malaysia,”  katanya.

Tambahnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah mengarahkan untuk bersedia bagi membantu kerajaan persekutuan mendapatkan vaksin untuk rakyat Sarawak yang layak.

“Pada masa sama, pakar perubatan tempatan memantau dengan teliti data saintifik global yang baharu muncul mengenai vaksinasi untuk mereka yang berusia tiga hingga lima tahun.

“Ini kerana imuniti melalui vaksinasi adalah lebih baik daripada imuniti melalui jangkitan,” jelas Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM meluluskan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin keluaran Pfizer iaitu ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’ yang akan digunakan bagi imunisasi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Katanya, vaksin sediaan itu mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Menurutnya, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang pada Khamis itu juga memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin formulasi baharu ‘Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Inject.

“Ia merupakan vaksin Corminaty dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2 hingga 8 darjah Celsius setelah dinyahbeku.

“Indikasi Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan pada 6 Januari lalu.


utusanborneo.com.my/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.159178 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list