Sebuah video tular memaparkan pemandu kereta Perodua Axia dilihat sedang meriba seorang wanita ketika memandu hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @anchaleejaidee1, pasangan tersebut dilihat sedang berpelukan dan tindakan itu cukup berbahaya.
“Orang zaman sekarang ini jenis tak ada maruah dah, atas jalan pun jadi kerja. Dok buat apa tuuu… dan la bagi sampai rumah dulu…” tulis pengguna TikTok berkenaan.
Bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain turut berisiko jika berlaku kemalangan.
Tindakan itu sama saja bahaya, atau mungkin berkali ganda lebih berbahaya seperti ibu bapa yang meribakan anak mereka ketika memandu.
Walaupun video berkenaan tidak begitu jelas, namun dapat dilihat wanita berkenaan sedang berbaring diatas paha pemandu lelaki sekaligus mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan netizen.
Ramai di kalangan netizen cuba berkhuznuzon dan bersinikal dengan aksi pasangan dalam video tular tersebut.
"Bersangka balikkk... Tengah bisik tuu," tulis Nazirul Mubin.
"Tu la lain kali buat tinted gelap," tulis Pahlawan Merah pula.
Tidak dapat dipastikan pula apa sebenarnya yang terjadi sehingga wanita itu terpaksa diriba, mungkinkah dalam kecemasan?
Apa pun status pasangan itu, tindakan memandu seperti itu amat berbahaya malah boleh mengundang fitnah. - CARI.
Hahaha wow.. nak cuba benda baru untuk merempahkan hubungan kot..
lain kali cari la tempat yang luas, tak banyak kereta.. kat jalan-jalan sunyi ke.. nak meriba ke, mengamput ke.. freedom...
Post time 8-1-2022 12:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols tgk video tu tp tak paham. Nampak mcm
Org berbadan besar bawak keta, kira tgn pakai jam tu lelaki kan. Pastu mana plak pompuan duk atas riba dia? Takde pun ke yg dada dia tu mcm kain tudung tu kepala pompuan tu ke?
ni pos kt JPJ la, ada aduan online, mana2 pemandu buat 'aksi' camni boleh kene kompaun, bahayakn nyawa, lantakla ko nk buat apa, tapi klu org lain kene eksiden dek psl ko main dlm kete, mmg celaka sangat..