View: 1054|Reply: 5
|
"Saya Bukan Virus,"- Lelaki Nama Kovid Jadi Perhatian
[Copy link]
|
|
Beberapa hari lepas kita ada berita yang penyanyi pop Omarion terpaksa tampil dan beritahu kepada orang ramai yang dia adalah seorang artis dan bukan sejenis varian virus, nampaknya ada seorang lagi yang mempunyai isu yang sama seperti Omarion, tetapi kali ini isu nama itu di India.
Pengasas bersama laman sesawang Holidify Kovid Kapoor yang sebelum ini tak perlu jelaskan kepada orang ramai apa makna nama dia sebelum 2019, terpaksa melakukan demikian selepas pandemik berlaku.
Kovid Kapoor terpaksa menyatakan di biodata Twitter, "Nama saya Kovid dan saya bukan sejenis virus."
Tak lama kemudian Tweet dari Kovid Kapoor menjadi viral dan mendapat perhatian beberapa pihak simpati kepada nasibnya.
Buat info, makna nama Kovid di India adalah cendekiawan atau belajar. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kebetulan sian nak macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Hey kovid, tetiba kau hits lah. . Huntung. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat info, makna nama Kovid di India adalah cendekiawan atau belajar. -CARI
'learned' bermaksud berilmu bukan belajar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|