View: 2287|Reply: 36
|
[Tempatan]
Seluruh Masjid Di Perlis Dibenarkan Solat Jemaah Rapat Saf Berkuat Kuasa 8 Januari Ini
[Copy link]
|
|
Gambar Sekadar Hiasan
Arau: Bermula esok, Perlis membenarkan semua masjid di seluruh negeri itu untuk melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini, lapor Harian Metro.
"Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.
"Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.
"Maka sukacita dimaklumkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh negeri Perlis berkuat kuasa pada Subuh 8 Januari depan iaitu Sabtu, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," titah baginda pada kenyataan hari ini.
Titah baginda, kebenaran pelaksanaan itu membabitkan semua masjid di seluruh Perlis sahaja manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka.
Larangan ini termasuk kepada surau atau tempat solat di agensi, institusi, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs dan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Baginda bertitah, sehubungan itu, dalam melaksanakan amalan solat dengan merapatkan saf, jemaah diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat saiz sejadah adalah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.
"Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat di atas. Daripada segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pula, hendaklah kekal dipatuhi dan ini merangkumi setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid," titah baginda.
Pematuhan SOP masih perlu diteruskan seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter serta memakai pelitup muka.
Jemaah masih perlu membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan.
Baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.
Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid.
Golongan bergejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya juga dilarang hadir ke masjid.
Titah baginda, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
"Nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini haruslah disyukuri.
"Kesungguhan mengimarahkan masjid perlu diteruskan selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan Covid-19 dalam suasana norma dan kelaziman baru," titah baginda.
Untuk rekod, Perlis menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang membenarkan solat jemaah rapat saf sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orix: omicron tersenyum sinis
Allah jaga kita..taman tema,.mall bersesak omicron tak nak senyum sinis pulak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
harap negeri2 lain ikut jejak bergantung pada kes harian covid di negeri masing2. negara mat saleh elok je rapat saf janji pakai mask |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat2 kluar arahan face mask tak wajib ...aku dh rimas... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:44 AM
........... |
|
|
|
|
|
|
|
dah rapat saf kalau barisan jemaah tak lebih dari jari tangan tiap waktu solat, tak tau la |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal. yg mall bersesak, taman tema air semua aman2 jah. yg balik umrohh makkah al mukarromah pulak omicron tersenyum sinis... pelik bukan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba perlis dipuji padahal sebelum pandemik ni dikecam sbb tak baca qunut dan doa lepas solat ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis 1
Negeri lain senyum sinis 0
Sambil disaksikan Antivax dengan ketawa girang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tgk lobai2 munafik laknat yg sedih tak boleh masuk masjid sebelom ni nak mai ka dak masjid bila dah rapat saf.. hanaat2 ni pon wayang ja lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Yam Mulia Ratu Sittah tersenyum kambing |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok negeri lain pun diorang dok solat Jumaat rapat-rapat
dah kata jaga SOP
elok je "Aqimussolah.. Allahuakbar."
tiba2 ada sejadah landing kat sebelah, solat rapat-rapat
selalunya pekerja foreigners. bangla-bangla muslim ni
masalahnya, kita pun tak tau diorang ni dah vaksin ke belum
masuk masjid pun main redah je, ada tu ikut pagar belakang
tak scan, tak check suhu
risau wehhh dibuatnya positif ke ape
dah la kat rumah ada baby dengan warga emas
tak pasal jadi pembawa pula. nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehla ritrude solat jemaah 5x sehari |
|
|
|
|
|
|
|
pasti umat islam akan memegang tampuk dunia selepas ini.
hajah rogayah
ajk tabika kemas kg bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mana rindu sgt saf rapat jgn lupa pegi masjid....jgn taip je tp tak pegi.... |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda: Tetiba perlis dipuji padahal s ...
Iya ke.. ish3 dh knp nk kecam |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pemimpin2 kat Perlis..satu permulaan yang baik untuk dicontohi |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yang suka nak rapat saf boleh la pegi ke Perlis. start dengan solat Subuh berjemaah. gerenti takde orang punya lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BartholomewKuma at 8-1-2022 08:48 AM
Orix replied at 7-1-2022 02:43 PM
tu la pasal. yg mall bersesak, taman tema air semua aman2 jah. yg balik umrohh makkah al mukarroma ...
Otak dok di lutut ka bang? Hat balik umrah tu berapa kerat? 200 orang ada? Hat dok viral baru baru ni. Masok ja pagaq airport negara, depa dok tunggu dah nak pi tangkap hat balik umrah ni nak jolok hidung tekak pa nama segala. Depa dok kepong siap2 dah tok sah bagi pi merata balik rumah dulu nak bagi pakai gelang nak jejak lepaih ni pi mana hala tadah bagai. Memang la hang buleh jumpak hat positif.
Hat pi taman tema bershoping pa bala tu ada ka kena kepong bila keluaq mall? Kena jolok lubang hidong? Kena blok kena kepong kena tangkap bawak ramai2 sukat sekoq2 tahan sekoq2 nak cari hat positip? Ada?
Hang pi dok belaga bahu ka kepala lutut ka kepala bana ka belaga pa saja lah depa tak dak ambik cara paa pon. Hat dok pi tengok bola pa bagai pa tu hat dok besesak pa bagai bila habih bola tu suma ada kena tahan kena blok lena jolok hidung ka depan pagaq stadium? Ada?
Lepaih tu nak buat bandingan omicron pa bala ni dok pi ghrenyih kot hat pi umrah saja nak salahkan hat smayang rapat?
Akai bukan di lutut dah hang ni, tapi kot tumit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|