CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1165|Reply: 7

"Tak Bayar, Tak Keluar Duit Sendiri, Tak Tergedik-Gedik Nak Keluarkan Single," Michael Ang

[Copy link]
Post time 7-1-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah yang juga produser terkenal, Michael Ang tetap bangga dengan pencapaian diri selepas melancarkan single sulungnya yang berjudul Cinta Atau Propa.


Michael atau nama lengkapnya, Michael Ang Hai Swee, mengakui suaranya mungkin tidak sesedap seperti suara penyanyi profesional, namun tidak juga teruk sehingga boleh membuatkan pendengar ‘muntah’ mendengar lagu nyanyiannya.


Foto: IG




“Iya, suara saya tidaklah sedap sangat. Tapi saya cuba buat yang terbaik. Selepas dengar saya rasa suara sendiri tidaklah teruk sangat sehingga boleh membuatkan pendengar muntah,” katanya.


Michael yang cukup dikenali kerana kelantangannya juga sudah bersedia dengan sebarang kritikan umum. Baginya, setiap individu mempunyai hak untuk mengkritik.




  



“Semua orang ada hak untuk mengkritik. Saya juga banyak mengkritik. Kalau saya dengan seseorang penyanyi itu menyanyi tidak sedap, saya akan kritik terutama ketika pertandingan. Saya hanya kritik penyanyi yang memasuki pertandingan.


“Saya tidak pernah kritik tentang lagu jika seseorang artis itu mengeluarkan lagu baharu. Sama juga kalau saya buat drama dan orang kritik drama saya. Saya tidak boleh marah dan tidak pernah marah sebab itu hak mereka (penonton).


“Jadi bila saya mengambil keputusan untuk keluarkan lagu, saya kena bersedia untuk menerima kritikan orang dan saya harus terima jika dikritik,” katanya.




  



Disoal, adakah Cinta Atau Propa ditujukan kepada mana-mana pihak, Michael ketika ditemui semasa sidang media virtual hari ini berkata, sejujurnya dia tidak berniat menyindir sesiapa.


Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak mungkin tersinggung dengan lagu berkenaan.


“Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa. Sejujurnya lagu ini tidak ada kena mengena dengan siapa pun. Saya tujukan lagu ini kepada pekerja-pekerja saya dan tentang kehidupan peribadi saya.


“Jadi kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya,” kata Michael.




  



Tambah Micheal, dia mengambil keputusan untuk merakamkan single Cinta Atau Propa kerana mahu mencabar diri, selain menguji tahap kemampuannya.


“Saya telah buat pelbagai perkara daripada berlakon, mengarah, menulis skrip, memasak dan menjadi penerbit. Hanya ada tiga perkara lagi yang belum saya lakukan iaitu menyanyi, menulis lagu dan menulis lirik.


“Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri.


“Tapi nampaknya sekarang hanya tinggal dua lagi perkara yang saya ingin buat (tulis lagu dan lirik) selepas ini,” ujarnya.




  



Pada masa sama, pengarah drama Marry Me Senorita itu turut menafikan bahawa dia mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayarnya kepada syarikat rakaman Indigital Music supaya diberi peluang merakamkan lagu.


“Apa yang paling penting, saya tidak membayar ya! Saya tidak keluar duit sendiri. Maknanya saya tidak tergedik-gedik nak keluarkan single sendiri,” jelasnya.




  



Terdahulu, Michael menarik perhatian ramai pihak selepas melancarkan muzik video single sulungnya berjudul Cinta dan Propa hasil ciptaan Killa Driz yang dilancarkan semalam.


Sebelum ini, Michael popular dengan kelantangannya mengulas pelbagai isu termasuk mutu persembahan penyanyi-penyanyi dalam variasi program realiti nyanyian sehingga mencetuskan perdebatan dalam media sosial. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 08:52 AM | Show all posts
sampah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 08:59 AM | Show all posts
semakin lama semakin mengarut industri seni Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:06 AM | Show all posts
Produk single ni dah jadi macam produk timbang kati.
Ade duit je buat lagu, buat single
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:11 AM | Show all posts
penyanyi sebuk nak berlakon... pelakon sibuk nak nyanyi.. lepas tu org panggil retis tau pulak marah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:18 AM | Show all posts
dia ni makin mengarut... pakaian pun makin mengarut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampah sampah sampah sampah sampah sampah sampah puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesal cina join circle melayu blh survive Kadang2 JD terpaling(read the best lg) tp melayu klu dok circle cina sah2 LPs tu resign or mundur ke blkg?

Cer cite?hehehe

Nway mike kaka xsuka lagu ko and ur attire so buwukkkk!!!mmg x'smpi' muntah tp confirmed muntah terussss! Lols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046248 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list