CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 1

‘YouTuber’ cari pengasuh patung puaka

[Copy link]
Post time 6-1-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Rizki sememangnya gemar mengumpul pelbagai koleksi patung puaka. - Instagram / @rizki_nasution1

JAKARTA – Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya dengan gaji sebanyak 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan sebuah video yang tular di TikTok, seorang wanita yang sedang mengendong sebuah patung bayi bernama Alejandro menawarkan pekerjaan sebagai pengasuh bagi menggantikan dirinya dengan tawaran gaji sebanyak itu.

“Ada sesiapa berminat untuk menjadi pengasuh Alejandro kerana saya ingin berhenti demi memberi perhatian kepada keluarga,” kata wanita tersebut.

“Gajinya amat berbaloi iaitu 10 juta rupiah (RM2,925) dan kerjanya amat mudah selain segala perbelanjaan termasuk pengangkutan akan ditanggung oleh Rizki Nasution,” kata wanita tersebut.

Tambah wanita berkenaan, Rizki sememangnya gemar mengumpul pelbagai koleksi patung puaka.

“Mudah sahaja untuk menjaga patung ini kerana ia tidak pernah menangis, marah atau buang air.

“Bagaimanapun, anda perlu bersiap sedia dari segi mental kerana kadang-kadang ketika pukul 3 pagi, tidur anda akan terganggu. Anda tidak dapat tidur dengan nyenyak,” tambah wanita berkenaan.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Beri saya 100 juta rupiah (RM29,254) pun saya tidak mahu,” kata seorang netizen. – AGENSI


kosmo.com.my/2022/01/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2022 10:25 PM | Show all posts


erkkk ada ke yang sanggup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068127 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list