CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 155|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pindah babi tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 6-1-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Majistret M Kalaiarasi menjatuhkan hukuman itu setelah Tan Jie Xuan, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin. - Foto Bernama

BUTTERWORTH - Gara-gara ingin mengambil langkah mudah dengan memindah empat ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Majistret M Kalaiarasi menjatuhkan hukuman itu setelah Tan Jie Xuan, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh didakwa memindahkan empat ekor babi hidup dari Tasek Gelugor ke sebuah rumah sembelihan babi di daerah Seberang Perai Utara dengan menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar, pada 24 November tahun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Roziman Awang Tahrin, manakala Jie Xuan yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang rendah dan memohon agar lorinya dikembalikan.

Kalaiarasi kemudian memerintah tertuduh dilucutkan hak hasil jualan empat ekor babi berkenaan berjumlah RM1,200 dan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda manakala lori akan dikembalikan selepas denda dibayar. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lori-didenda-RM2000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.083388 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list