CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 156|Reply: 0

[Kedah] Pengemis Rohingya mungkin didalangi sindiket

[Copy link]
Post time 6-1-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain (tengah) menyaksikan penyerahan watikah Ketua Polis Kedah baharu Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, 55, (kanan) berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) yang dilantik Ketua Polis Johor pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujud sindiket menjadikan kanak-kanak etnik Rohingya sebagai pengemis jalanan yang dikesan di beberapa bandar besar di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata pihaknya giat melakukan siasatan dan mengumpul maklumat terperinci berhubung kegiatan yang mungkin didalangi pihak tertentu.

"Kita akan arahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan daerah untuk pantau kegiatan ini.

"Tindakan boleh diambil melalui Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil kerana mengganggu dan mengemis di jalanan," katanya mengulas kehadiran peminta sedekah dalam kalangan etnik Rohingya di jalanan.

Beliau berkata kebanyakan peminta sedekah jalanan melakukan kegiatan itu di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan terutama di kawasan sesak di lampu isyarat.

Tegasnya, undang-undang di negara ini bukan saja tertakluk kepada warganegara tetapi tindakan sama boleh diambil terhadap warga asing.

Razarudin berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah antara Datuk Kamarul Zaman Mamat kepada Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad di IPK Kedah, hari ini.

Wan Hassan sebelum ini adalah Timbalan Pengarah (Intergriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman memulakan tugasnya hari ini, manakala Datuk Kamarul Zaman Mamat bertukar sebagai Ketua Polis Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.098475 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list