CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Sabah] Jalan Terputus: Penduduk Jalan Kaki 1km Usung Keranda Urus Pengebumian Warga Emas

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:21 PM | Show all posts |Read mode


RANAU: Penduduk terpaksa berjalan kaki mengusung keranda sejauh kira-kira satu kilometer ke tanah perkuburan dari Kg Kantos di sini berikutan jalan raya terputus akibat tanah runtuh selepas hujan berterusan beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Nawanon, Jemisi Sabal berkata, susulan hujan berterusan beberapa hari yang lalu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan jalan raya terputus malah penduduk dari sekitar Kg. Nawanon, Kg.Kantas, Kg.Pugi dan Kg.Kieyep terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau, terpaksa berjalan kaki mengusung keranda ke tanah perkuburan sejauh kira-kira 1 kilometer untuk upacara  pengkebumian seorang wanita warga emas berusia 91 tahun dari Kg. Kantas yang meninggal dunia kelmarin (4 Januari).

“Ia adalah disebabkan sebarang kenderaan tidak dapat melalui jalan yang rosak teruk itu, sementara jambatan di kawasan Kg Nawanon yang menghubungkan antara kampung juga turut musnah akibat hakisan air sungai yang deras.

“Berikutan kerosakan teruk jalan ke Kg Nawanon dan ke beberapa buah kampung sekitarnya menyukarkan penduduk berurusan ke pekan Ranau terutama menghantar pesakit ke hospital daerah atau ke klinik terdekat,” jelas Jamisi.

Jamisi yang juga mewakili ratusan penduduk dari beberapa kampung yang terputus hubungan ke pekan Ranau memohon kepada pihak berwajib supaya segera bertindak membaiki kerosakan jalan raya dan jambatan yang musnah itu.


sabahmedia.com/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list