CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1717|Reply: 29

[Tempatan] 'Raja bomoh' muncul lagi, kali ini buat upacara tolak banjir. #29, Raja Bomoh ancam saman RM300 juta

[Copy link]
Post time 5-1-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-1-2022 08:03 AM

'Raja bomoh' muncul lagi, kali ini buat upacara tolak banjir

https://www.malaysiakini.com/news/605737

Diterbitkan:  Jan 5, 2022 5:12 PM⋅
Dikemaskini: 5:21 PM





Ibrahim Mat Zin atau gelarannya "Raja Bomoh" membuat kemunculan semula, kali ini dengan membuat upacara tolak banjir.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Perak Press, ritual tolak bala itu dilakukan berdekatan Teluk Gelanggang, Teluk Intan pada hari ini.

Turut kelihatan dalam upacara berkenaan ialah seorang wanita dikenali sebagai 'puteri Zaleha' yang menurut Ibrahim adalah pengasas kepada pertubuhan Serai Semambu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Zaleha dilihat membuat ritual tepung tawar dengan menggunakan bahan-bahan seperti beras kunyit, daun-daun kayu dan bunga-bungaan.

Turut kelihatan di hadapan mereka adalah kitab suci al-Quran.



"Ya Allah ya tuhan ku, ku pohon kepada Mu ya Allah, janganlah turunkan sebarang musibah di teluk ini. Datang dan pergi memanglah kerja kau Ya Allah tetapi redakanlah penduduk ini supaya hidupnya aman damai dan tidak ditimpakan musibah.

"Janganlah tenggelamkan teluk ini ya Allah, ku pohon kepada-Mu ya Allah," Zaleha didengar berdoa.

Dalam rakaman itu Zaleha juga didengar menyanyikan lagu "Mayang Sari".

Ketika ditanya perakam video berkenaan, Ibrahim berkata upacara yang dilakukan itu adalah untuk memohon kepada Allah supaya banjir disurutkan.

"Upacara yang kita buat hari ini adalah upacara petua-petua di zaman dahulu. Kita memohon kepada Allah SWT, kita minta supaya Teluk Intan ini jangan banjir atau jangan banjir besar, dapat disurutkan dengan izin Allah.

"Kita berdoa kepada Allah, kita buat di tepi pantai supaya bagi salam kepada Nabi Khidir bersama puan Zaleha, pengasas Serai Semambu.

"Kita minta semua (tempat di) Malaysia turun air, bukan kata di Teluk Intan sahaja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia," kata Ibrahim yang memakai kot dan bertengkolok merah.

Ibrahim mula menjadi perhatian kehilangan kapal terbang MH730 pada 2014, dengan melakukan ritual di KLIA Sepang untuk membantu mengesan kapal terbang itu menggunakan buah kelapa dan buluh yang dijadikan "teropong".

Pada 2017 pula, ketika hangat isu pembunuhan abang pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Nam, dia sekali lagi membuat kejutan dengan membuat ritual di beberapa lokasi.

Pada masa itu dia menggunakan buah kelapa, buluh, dan lima meriam buluh, yang didakwanya untuk melindungi negara daripada serangan nuklear oleh Korea Utara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri zaleha tu tulen ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 05:42 PM | Show all posts
Dalam rakaman itu Zaleha juga didengar menyanyikan lagu "Mayang Sari".


nak lempang pun tak sampai hati

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tgh main masak2 pulak 2 org tua ni.
Macam ni kira tak memesongkan akidah or ajaran sesat mcm Ku rafidah tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri pun lahai
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ingat lagik bomoh nih guna teropong + kelapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua hodoh dan buruk
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 09:02 PM | Show all posts
Solokkk replied at 5-1-2022 08:56 PM
Masih ingat lagik bomoh nih guna teropong + kelapa

[youtube]mQXdGXjUx4M[/youtube]

Bukan setakat kelapa....siap sampan....

Ko nampak tak sampan?

Kalo tak nampak maknanya ko nak mampos.....


Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Jahanam bangsa ku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aq risau teluk intan pulak dilanda hujan 3 hari 3 malam sebab aktiviti khurafat cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
raja bomoh ni buat betol2 sebab membomoh ke atau attention seeker je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
agama adalah punca knp benda2 camni wujud. patut agama ajar jd lebih saintifik. bkn suruh percaya jin setan yg sah2 xwujud tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 5-1-2022 10:34 PM
agama adalah punca knp benda2 camni wujud. patut agama ajar jd lebih saintifik. bkn suruh percaya ji ...

Mat salleh pun percaya Satan n devil... Ko tk percaya pulekkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Keunikan otak Melayu Islam. Degraded dari otak nenek moyang diorg yang bagus berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 11:45 PM | Show all posts
lapak nasik btol
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak je bangang macam ni tapi banyak duit dia. Opis besar di teluk intan. Sape la yang bodoh upah tok bomoh ni? Patut ditenggelamkan dalam lombong je
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Berawloh awloh semasa biat khurafat. Umpama baca bismillah masa minum beer. Lolll.... Mentally disorder
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 6-1-2022 01:11 AM
Berawloh awloh semasa biat khurafat. Umpama baca bismillah masa minum beer. Lolll.... Mentally disor ...

Ya tak ya juga kan. Hang cakap lagu ni baru aku pon dok pikiaq apa hat hang kata ni betui
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:01 AM | Show all posts
dah cakap org tua ni takkan insaf

dulu bukan m ain tobat itu ini

eehhh buat perangai lagi

siap bahan2 macam nak masak tomyam!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:38 AM | Show all posts
matchstick replied at 5-1-2022 05:48 PM
Mcm tgh main masak2 pulak 2 org tua ni.
Macam ni kira tak memesongkan akidah or ajaran sesat mcm Ku ...

xde sesatnye,tu org gilo....
dah tahu dia mcm tu biar je lah,xyah kacau periuk nasi dia,

kalau org upah aku sanggup buat hahaha kalau bayaran berbaloi hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:39 AM | Show all posts
MissVixen replied at 6-1-2022 12:31 AM
Nampak je bangang macam ni tapi banyak duit dia. Opis besar di teluk intan. Sape la yang bodoh upah  ...

ye betul,org yg kasi upah tu la hahahahha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.456021 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list